Pengaplikasian Konsep al-Wilayah dalam Mendepani Cabaran Media Sosial dalam Kalangan Kanak-kanak [The Application of al-Wilayah Concept in Facing Social Media Challenges Among Children]

Authors

  • Nur Asmaa’ Nabilah Norhasharudin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anwar Fakhri Omar UKM

Keywords:

Media sosial, penyelesaian, konsep al-wilāyah, kanak-kanak, kekeluargaan Islam.

Abstract

Media sosial adalah salah satu medium komunikasi moden yang berkembang di abad-21. Pengguna media sosial semakin bertambah khususnya dalam kalangan kanak-kanak, berikutan fenomena pandemik Covid-19 yang melanda dunia beberapa tahun ke belakang. Oleh itu, keterlibatan kanak-kanak dengan media sosial semakin membimbangkan disebabkan perkara tersebut boleh memberi kesan kepada pemikiran dan sahsiah kanak-kanak, mengganggu perkembangan kanak-kanak dari segi pembelajaran dan kesihatan, serta mendedahkan informasi yang kurang sesuai kepada mereka. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengkaji faktor keterlibatan kanak-kanak dengan media sosial, dan pengaplikasian konsep al-wil?yah oleh ibu bapa dalam menghadapi cabaran media sosial kepada kanak-kanak dengan menekankan perspektif syarak sebagai penanda aras. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual semi-berstruktur terhadap dua orang pakar dalam bidang undang-undang kekeluargaan Islam. Di samping itu, kajian disusun secara tematik dengan bantuan perisian Atlas.ti bagi pembinaan topik dan subtopik yang merangkumi skop kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa ilmu pengetahuan ibu bapa, komunikasi dua hala dengan anak-anak, pemantauan dan literasi media oleh ibu bapa merupakan penyelesaian al-wil?yah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam pengawalan media sosial kanak-kanak. Kajian ini diharapkan dapat memberi satu penambahbaikan kepada institusi kekeluargaan Islam dengan mengutamakan kepentingan al-wil?yah dalam mendepani cabaran untuk mendidik generasi seterusnya.

Social media is one of the modern communication mediums that has grown significantly in the 21st century. The number of social media users has increased, particularly among children, following the global COVID-19 pandemic in recent years. Consequently, children’s engagement with social media has become increasingly concerning, as it can affect their thinking and behaviour, disrupt their development in terms of learning and health, and expose them to inappropriate information. Therefore, this article aims to explore the factors driving children’s involvement with social media and the application of the concept of al-wil?yah by parents in addressing the challenges posed by social media to children, with an emphasis on Islamic perspectives as a benchmark. This study is qualitative in nature, utilizing document analysis and semi-structured interviews with two experts in the field of Islamic family law. Additionally, the research is organized thematically with the assistance of Atlas.ti software for the construction of topics and subtopics within the scope of the study. The findings reveal that parents’ knowledge, two-way communication with children, parental monitoring, and media literacy are the most appropriate al-wil?yah solutions to be applied in controlling children’s social media usage. This study is expected to provide an enhancement to Islamic family institutions by emphasizing the importance of al-wil?yah in addressing the challenges of educating future generations.

Published

2024-10-19