Sorotan Literatur Penentuan Item Hadd al-Kifayah di Malaysia Berdasarkan Maqasid Syariah [Literature Review on the Determination of Hadd al-Kifayah Items in Malaysia Based on Maqasid Syariah]

Authors

  • Abdul Muzil Abd Rahim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Nazir Alias Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anwar Fakhri Omar UKM

Keywords:

item, kesejahteraan, ḥadd al-kifāyah, elemen, maqasid syariah

Abstract

?add al-kif?yah merupakan konsep penting yang dipraktikkan dalam pengagihan harta zakat bagi memastikan kelangsungan hidup golongan asnaf terutamanya fakir dan miskin terjaga. Di Malaysia, walaupun terdapat garis panduan umum yang ditetapkan oleh Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR), pelaksanaan ?add al-kif?yah masih menunjukkan variasi antara negeri. Ketidakseragaman ini, yang berpunca daripada struktur pentadbiran agama yang desentralisasi, telah menimbulkan cabaran dalam memastikan keadilan dan konsistensi dalam penentuan status asnaf. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis dapatan kajian lepas berkaitan penentuan ?add al-kif?yah di Malaysia berdasarkan maqasid syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes yang mengguna pakai metode analisis kandungan secara deskriptif dan tematik. Sumber-sumber berautoriti dalam Islam seperti al-Quran, hadis dan kitab-kitab fiqh turut dirujuk, di samping artikel-artikel berkaitan ?add al-kif?yah. Hasil kajian mendapati bahawa keanjalan konsep ?add al-kif?yah telah membuka ruang untuk mengintegrasikan elemen-elemen kontemporari seperti caruman KWSP, tabung haji, takaful, perubatan, hutang daruriyyah, teknologi, dan komunikasi dalam penetapan item ?add al-kif?yah di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa terdapat gesaan daripada pengkaji lepas agar kajian berkaitan ?add al-kif?yah ini diterokai menggunakan kerangka maqasid syariah bagi mempertingkatkan keberkesanan zakat di Malaysia. Kajian juga menunjukkan terdapat keperluan agar penyelidikan yang dapat menghubungkan pendekatan Islam dan konvensional dalam menangani isu kemiskinan di Malaysia dijalankan. Implikasi kajian ini diharap dapat dijadikan justifikasi dan panduan dalam membangunkan standard penentuan ?add al-kif?yah baharu sebagai asas dan rujukan kepada setiap negeri dalam menentukan asnaf fakir dan miskin..

?add al-kif?yah is an important concept practiced in the distribution of zakat funds to ensure the livelihood of the asnaf, particularly the poor and needy. In Malaysia, although general guidelines are provided by the Department of Wakaf, Hajj, and Zakat (JAWHAR), the implementation of ?add al-kif?yah still varies across states. This inconsistency, resulting from the decentralized structure of religious administration, has posed challenges in ensuring fairness and consistency in determining the status of asnaf. Therefore, this article aims to analyse previous research findings related to the determination of ?add al-kif?yah in Malaysia based on the maqasid shariah. This study is a qualitative case study that employs content analysis using descriptive and thematic methods. Authoritative Islamic sources such as the Qur’an, Hadith, and fiqh texts were also referred to, along with relevant articles on ?add al-kif?yah. The findings reveal that the flexibility of the ?add al-kif?yah concept has allowed for the integration of contemporary elements such as EPF contributions, pilgrimage savings, takaful, healthcare, essential debts, technology, and communication in determining ?add al-kif?yah items in Malaysia. The study also found that previous researchers have urged that studies related to ?add al-kif?yah be explored using the maqasid shariah framework to enhance the effectiveness of zakat in Malaysia. Furthermore, the research highlights the need for studies that can bridge Islamic and conventional approaches in addressing poverty issues in Malaysia. The implications of this study are expected to serve as a justification and guide in developing a new standard for determining ?add al-kif?yah, which can be used as a basis and reference by each state in identifying the asnaf categories of poor and needy

Published

2024-10-16