Perbandingan Pemikiran Pasca Islamisme dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) [Comparative Study of Post Islamism Thought in Parti Islam Se-Malaysia (PAS) and Parti Keadilan Rakyat (PKR)]

Authors

  • Mohd Khairil Fitri Diman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Fariza Alyati Wan Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

pasca Islamisme, PAS, PKR, pemikiran, universal

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang perbandingan pemikiran pasca-Islamisme dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menonjolkan perbezaan mendalam dalam pendekatan kedua-dua parti terhadap integrasi nilai-nilai Islam dalam politik Malaysia moden. PAS asalnya berpaksikan Islamisme tradisional telah mengalami evolusi ke arah lebih pragmatik dengan menekankan konsep “negara berkebajikan” serta interpretasi yang lebih fleksibel terhadap undang-undang syariah. Sebaliknya, PKR sejak awal penubuhannya mengutamakan prinsip universal dengan pengaruh Islam tanpa mengisytiharkan parti mereka sebagai parti Islam, sambil berusaha untuk menyeimbangkan kepentingan masyarakat pelbagai agama dan etnik. Pendekatan pasca-Islamisme yang diambil oleh kedua-dua parti mencerminkan dinamik perubahan dalam politik Malaysia di mana nilai-nilai Islam disepadukan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia, membentuk politik yang lebih inklusif dan responsif. Bentuk kajian yang digunakan adalah berpandukan reka bentuk kajian kualitatif analisis tema dan analisis perbandingan. Selain itu, kajian ini juga membincangkan sejarah kemunculan pasca Islamisme, sejarah penubuhan PAS dan PKR, pemikiran serta analisis perbandingan pemikiran pasca Islamisme antara PAS dan PKR. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat ciri-ciri pasca Islamisme dalam kedua-dua parti namun pendekatan yang dibawa oleh kedua-dua parti adalah berbeza. Perbezaan ini mencerminkan kepelbagaian dalam interpretasi dan aplikasi pemikiran pasca-Islamisme dalam konteks politik Malaysia.

This study discusses the comparison of post-Islamist thought within the Parti Islam Se-Malaysia (PAS) and Parti Keadilan Rakyat (PKR), highlighting significant differences in the approaches of both parties towards integrating Islamic values into modern Malaysian politics. PAS, originally rooted in traditional Islamism, has evolved towards a more pragmatic stance by emphasizing the concept of a “negara berkebajikan” and adopting a more flexible interpretation of Sharia law. In contrast, PKR, since its establishment, has prioritized universal principles with Islamic influence without explicitly declaring itself an Islamic party, while striving to balance the interests of a multi-religious and multi-ethnic society. The post-Islamist approaches taken by both parties reflect the dynamic changes in Malaysian politics, where Islamic values are integrated with democratic principles and human rights, forming a more inclusive and responsive political framework. The research adopts a qualitative design by thematic and comparative analysis. In addition, this study discusses the history of post-Islamism's emergence, the establishment of PAS and PKR, their ideological perspectives, and a comparative analysis of post-Islamism thought between PAS and PKR. The findings of this study reveal that both parties exhibit post-Islamism characteristics, but their approaches differ significantly. These differences reflect the diversity in interpretation and application of post-Islamism thought within the Malaysian political context.

Published

2024-11-03