Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Google Classroom sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran dalam Pendidikan Vokasional: Faktor Efikasi Kendiri Komputer dan Keadaan Memudahkan
[Teachers' Acceptance of Google Classroom as a Learning Management System in Vocational Education: Factors of Computer Self-Efficacy and Facilitating Conditions]
Keywords:
Google Classroom, LMS, Pendidikan Vokasional, Penerimaan Teknologi Vocational Education, Technology AcceptanceAbstract
Penerimaan guru terhadap teknologi memainkan peranan kritikal dalam mewujudkan pengintegrasian teknologi yang berkesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walau bagaimanapun, cabaran utama yang dihadapi dalam konteks ini ialah kekurangan sikap positif dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi, khususnya Google Classroom. Keterbatasan infrastruktur dan kesukaran untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam amalan pedagogi guru turut mengurangkan potensi penuh integrasi teknologi dalam pendidikan. Berdasarkan isu-isu tersebut, kajian ini bertujuan meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan guru terhadap Google Classroom dalam konteks pendidikan vokasional. Objektif utama kajian adalah untuk menilai tahap efikasi kendiri komputer guru dan keadaan memudahkan, serta mengukur tahap penerimaan mereka terhadap Google Classroom sebagai alat pengajaran. Metodologi kajian ini ialah pendekatan kuantitatif, dengan soal selidik diedarkan kepada 66 orang guru mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian di Terengganu melalui teknik pensampelan rawak mudah. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap keadaan memudahkan dan efikasi kendiri komputer guru adalah sederhana. Ini menyumbang kepada tahap penerimaan guru yang sederhana terhadap penggunaan Google Classroom sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dalam pendidikan vokasional. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan pemantapan efikasi kendiri guru perlu ditingkatkan melalui latihan profesionalisme yang berstruktur dan penyebaran amalan terbaik dalam penggunaan Google Classroom. Sementara itu, faktor keadaan memudahkan adalah dengan penyediaan infrastruktur yang kondusif dan sokongan pentadbiran yang berterusan. Dapatan kajian ini bukan sahaja membuka ruang untuk penyelidikan lanjut, tetapi juga menyediakan asas empirikal kepada pembuat dasar. Dengan ini, inisiatif yang lebih terarah dapat dirancang untuk memperkasakan penggunaan teknologi dalam pendidikan vokasional di Malaysia.
Acceptance of technology among teachers plays a critical role in creating effective technological integration in teaching and learning processes. However, the main challenges faced in this context include the lack of positive attitudes and skills among teachers in using technology particularly Google Classroom, limited infrastructure, and difficulties in integrating technology into teachers' pedagogical practices, all of which reduce the full potential of technology integration in education. Based on these issues, this study aims to examine the factors influencing teachers' acceptance of Google Classroom in the context of vocational education. The main objectives of the study are to assess the level of teachers' computer self-efficacy and facilitating conditions, as well as to measure their level of acceptance towards Google Classroom as a teaching tool. The methodology of this study employs a quantitative approach, with questionnaires distributed to 66 vocational subject teachers in daily secondary schools in Terengganu through simple random sampling technique. The findings show that the levels of facilitating conditions and teachers' computer self-efficacy are moderate. This contributes to a moderate level of teacher acceptance towards the use of Google Classroom as a Learning Management System (LMS) in vocational education. In conclusion, this study suggests that enhancing teachers' self-efficacy needs to be improved through structured professional training and dissemination of best practices in using Google Classroom. Meanwhile, facilitating conditions can be enhanced by providing conducive infrastructure and continuous administrative support. The findings of this study not only pave the way for further research but also offer an empirical foundation for policymakers. This enables the planning of more targeted initiatives to enhance the use of technology in vocational education in Malaysia.