Pengukuhan Akidah dalam Melahirkan Pendakwah kompeten di Malaysia [Strengthening Faith in Producing Competent Preachers in Malaysia]
Keywords:
Akidah, Dakwah, Kompetensi, Pendakwah, Permasalahan akidah Akidah, Dakwah, Competency, Preachers, Akidah issuesAbstract
Pegangan akidah yang benar dan jitu adalah suatu kewajipan bagi setiap pendakwah dalam melaksanakan tugas dakwahnya. Akidah yang kukuh akan memberi keyakinan kepada da’i dalam mendekati mad’u tanpa rasa takut dan bimbang. Bagi memperkukuhkan kefahaman akidah dalam diri, pendakwah perlulah sentiasa meningkatkan ilmu dan melaksanakan amal ibadah yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah. Pembinaan akidah yang mantap melalui hubungan yang dekat dengan Allah menjadi bekalan yang baik bagi membolehkan pendakwah lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dalam merealisasikan tugas dakwah ketika berhadapan dengan mad’u. Bagaimanapun, jika diteliti hari ini, banyak isu-isu semasa yang mengaitkan salah laku dan moral para pendakwah. Hal ini pastinya menjejaskan aspek kompetensi pendakwah khususnya dalam penghayatan terhadap nilai akidah dan ketakwaan terhadap Allah SWT hingga memberi kesan yang tidak baik kepada dakwah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepentingan aspek pengukuhan akidah dalam pendekatan dakwah. Selain itu, kajian ini juga membincangkan elemen dalam pengukuhan akidah, cabaran serta kaedah dalam pengukuhan akidah bagi melahirkan pendakwah yang kompeten. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data ialah dengan merujuk bahan-bahan kajian lepas, berita semasa dan pemerhatian terhadap isu semasa melibatkan pendakwah. Manakala metode analisis data ialah secara tematik bagi membentuk tema tertentu berkaitan subjek kajian. Kajian ini mendapati bahawa pengukuhan akidah menjadi aspek penting dalam melahirkan pendakwah yang kompeten. Implikasi kajian ini mampu memberikan garis panduan kepada pihak-pihak berkepentingan agar memberikan penekanan kepada pengukuhan akidah dalam melahirkan para da’i yang kompeten.
Holding a true and precise belief (akidah) is an obligation for every preacher (pendakwah) in carrying out their missionary duties. A strong akidah will give confidence to the da’i (preacher) in approaching the mad’u (audience) without fear or worry. To strengthen the understanding of akidah within oneself, preachers must continuously enhance their knowledge and perform acts of worship that bring them closer to Allah. Building a solid akidah through a close relationship with Allah serves as a good provision, enabling preachers to be better prepared to face challenges in fulfilling their missionary duties when engaging with the mad’u. However, if we examine today’s context, many contemporary preachers are involved in misconduct. This undoubtedly affects the competency of preachers, especially in their appreciation of akidah values and piety towards Allah SWT, subsequently negatively impacting their missionary work. This study aims to identify the importance of strengthening akidah in the missionary approach. Furthermore, this study discusses the elements of akidah reinforcement, challenges, and methods of strengthening akidah to produce competent preachers. This study is qualitative in nature. Data collection methods include referring to previous research materials, current news, and observations of current societal issues. The data analysis method is thematic to form specific themes related to the subject of the study. This study found that strengthening akidah is a crucial aspect in producing competent preachers. The implications of this study can provide guidelines for relevant parties to emphasize akidah reinforcement in producing competent da’i.