Isu-isu Syariah dalam Kontrak Hadapan Pertukaran Mata Wang Asing [Shariah Issues in Forex Exchange Forward Contracts]

Authors

  • Muhammad Izzuddin Yassin Rizalman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azlin Alisa Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Qamal Danial Mohd Safuan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Isu Syariah, Derivatif, FX Forward, al-Sarf

Abstract

Kajian ini membincangkan pasaran pertukaran mata wang asing atau forex exchange (FX), khususnya instrumen FX Forward yang semakin popular dalam perdagangan antarabangsa. Walaupun FX Forward penting untuk lindung nilai, terdapat isu-isu syariah yang menjejaskan keharusannya dalam Islam serta masih kurang kajian yang terperinci mengenai struktur pelaksanaan dan isu-isu syariah dalam FX Forward. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur pelaksanaan FX Forward dalam perbankan konvensional dan menganalisis isu-isu syariah yang berlaku dalam transaksi tersebut. Metodologi kajian adalah berdasarkan kajian kualitatif dan melibatkan kajian analisis kandungan. Hasil dari kajian ini mendapati FX Forward mempunyai struktur dan tujuan yang berbeza jika dibandingkan dengan instrumen yang lain. Selain itu juga, terdapat isu-isu syariah yang dikenal pasti termasuk masalah qabd, gharar, riba, bay' al-kali bi al-kali dan elemen maysir. Implikasi kajian ini adalah penting bagi institusi kewangan Islam dan cendekiawan Syariah memandangkan ia menyediakan analisis terhadap isu syariah berkaitan transaksi FX Forward, yang berpotensi dalam perkembangan masa hadapan berkenaan instrumen derivatif Islam.

: This study discusses the foreign exchange (FX) market, specifically focusing on the FX Forward instrument, which is increasingly popular in international trade. Although FX Forward is important for hedging, there are Shariah issues affecting its permissibility in Islam, and there is still a lack of detailed research on its implementation structure and associated Shariah issues. Therefore, this study aims to identify the implementation structure of FX Forward in conventional banking and analyze the Shariah issues that occur in such transactions. The research methodology is based on a qualitative approach involving content analysis. The findings of this study reveal that FX Forward has a different structure and purpose compared to other derivative instruments. Additionally, several Shariah issues have been identified, including problems related to qabd (possession), gharar (uncertainty), riba (usury), bay' al-kali bi al-kali (sale of debt for debt), and elements of maysir (gambling). The implications of this study are significant for Islamic financial institutions and Shariah scholars, as it provides a comprehensive analysis of the Shariah concerns surrounding FX Forward transactions, potentially guiding future developments in IslamicĀ  derivative instruments.

Published

2024-09-15