Pengajian Hadis dalam Era Moden: Cabaran dan Implikasi Terhadap Kesahihan Sumber [Hadith Studies in the Modern Era: Challenges and Implications for the Validity of Sources]

Authors

  • Hazlin Hussain Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Latifah Abdul Majid Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Katakunci: Cabaran Kontemporari, Islam Liberal, Hadis Nusantara, Teknologi Digital, Pendakwah Segera

Abstract

Gabungan teknologi dalam era globalisasi banyak mengubah landskap pembelajaran ilmu hadis yang menjadikan ia bersistematik seperti laman web, perisian, dan pelbagai aplikasi yang mudah dicapai menerusi peranti pengguna. Namun, dalam kepesatan teknologi sekarang, masih timbul beberapa isu yang menjadi cabaran dalam perkembangan ilmu hadis. Artikel ini bertujuan mengenal pasti cabaran kontemporari dalam kajian hadis di Nusantara. Kajian ini melibatkan kaedah analisis dokumen khususnya dalam artikel jurnal, prosiding, kertas kerja seminar yang berkaitan dengan cabaran hadis kontemporari di Malaysia dan menyentuh sedikit kajian di Indonesia. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat lima tema yang dikenal pasti memberi cabaran dalam kajian hadis di Nusantara iaitu cabaran penerbitan buku dan majalah, penyalahgunaan ayat al-Quran dan hadis oleh golongan liberal, kurangnya pangkalan data dalam Bahasa Melayu, pengaruh media sosial dan digital serta cabaran pendakwah. Artikel ini diharap berupaya memberi input kepada pihak tertentu bagi memantapkan lagi perkembangan kajian hadis khususnya di Malaysia.

The integration of technology in the era of globalization has significantly transformed the landscape of Hadith studies, making it more systematic through websites, software, and various applications that are easily accessible via user devices. However, despite the rapid advancement of technology, several issues still pose challenges to the development of Hadith knowledge. This article aims to identify contemporary challenges in Hadith studies in the Nusantara region. The study involves document analysis methods, particularly examining journal articles, proceedings, and seminar papers related to contemporary Hadith challenges in Malaysia, with some reference to studies in Indonesia. The findings reveal five main themes that present challenges to Hadith studies in the Nusantara region: challenges in publishing books and magazines, misuse of Quranic verses and Hadith by liberal groups, lack of Malay-language databases, the influence of social and digital media, and challenges faced by preachers. This article is hoped to provide valuable insights for relevant parties to further enhance the development of Hadith studies, particularly in Malaysia.

Published

2024-09-17