Klasifikasi Sumber Sejarah: Signifikannya dalam Falsafah Sejarah [Classification of Historical Sources: Its Significance in the Philosophy Of History]

Authors

  • Mohammad Umair Abd Rahim Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Syahmir Alias Philosophy and Civilization Section, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Sumber Sejarah, Klasifikasi Sumber Sejarah, Kesahihan Sumber Sejarah, Epistemologi Sejarah, Falsafah Sejarah

Abstract

Makalah ini membahas satu aspek dalam falsafah sejarah iaitu konsep dan pengelasan sumber dalam ilmu sejarah. Hal ini kerana, sumber sejarah dapat mewujudkan kembali gambaran sejarah atau pengetahuan tentang masa lalu yang tertentu. Malah, dari aspek klasifikasi sumber sejarah pula, ia memainkan peranan penting dalam menilai kebenaran sejarah dan menapis maklumat yang sah daripada yang tidak sah. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengenal pasti klasifikasi sumber dalam ilmu sejarah, seterusnya meneliti kepentingan pengelasan sumber tersebut terhadap ketepatan dan integriti penulisan sejarah. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulisan makalah ini diasaskan kepada kajian kualitatif yang mengumpulkan data kepustakaan dan menganalisis data melalui analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman yang mendalam terhadap klasifikasi sumber dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan ketepatan penulisan sejarah, walaupun cabaran dalam menangani mitos dan interpretasi yang berlebihan tetap wujud. Penggunaan pelbagai jenis sumber sejarah (seperti sumber lisan, tulisan dan sumber berbentuk) serta pemahaman terhadap sifat-sifatnya (seperti primer, sekunder dan ketiga) sangat mustahak dalam menyediakan gambaran yang lebih komprehensif dalam penyelidikan sejarah.

This article discusses a facet of the philosophy of history concerning the concept and classification of sources in the knowledge of history. This is because historical sources can re-enact the depiction of history or knowledge of specific past events. Furthermore, from the perspective of classifying historical sources, it plays a crucial role in assessing historical accuracy and filtering valid information from invalid ones. Therefore, this article aims to identify the classification of sources in the field of history, thereby examining the significance of source classification on the accuracy and integrity of historical writing. To achieve this objective, the article is based on a qualitative study that gathers library-based data and analyzes it with content analysis. The findings indicate that a profound understanding of source classification can enhance the credibility and accuracy of historical writing, despite challenges in dealing with myths and excessive interpretations. The use of various types of historical sources (such as oral sources, written sources, and material sources) and understanding their nature (such as primary, secondary, and tertiary) are crucial in providing a more comprehensive depiction in historical research.

Published

2024-08-23