Pemantapan Sahsiah Murid Generasi Baru Menerusi Modul Usrah [Strengthening The Course of New Generation Students Through The Usrah Module]

Authors

  • Muhammad Azrae Mokhtar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Non-Formal, Education, identity,usrah module, Alpha Generation

Abstract

Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah satu bentuk pendidikan yang mempunyai tujuan tertentu dalam memberikan nilai tambah kepada pendidikan formal. Malahan, Pendidikan Bukan Formal (PBF) turut menjadi satu pelengkap kepada pendidikan formal yang turut memainkan peranan dalam pembentukan manusia dan pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara. Dalam aspek pembinaan sahsiah, Pendidikan Bukan Formal (PBF) mampu membantu dalam meningkatkan tahap sahsiah murid di sekolah terutamanya. Oleh itu, Pelaksanaan Pendidikan Bukan Formal di negara kita amat penting dalam membangunkan tahap penguasaan sesuatu bidang ilmu seperti ilmu kepimpinan, ilmu keagamaan, ilmu teknikal dan sebagainya. Dalam Pendidikan Bukan Formal, terdapat pelbagai program kerohanian yang dilaksanakan di sekolah, universiti dan di pusat-pusat pengajian. Penekanan terhadap pembinaan sahsiah remaja dalam program kerohanian penting untuk memberikan nilai tambah dan pengalaman kepada murid dalam pembentukan insan yang mempunyai sahsiah unggul. Kertas konsep ini membincangkan tentang peranan usrah dalam pembinaan jati diri dalam Pendidikan Bukan formal yang memfokuskan terhadap pembentukan sahsiah murid di sekolah. Kajian ini akan melaksanakan kaedah analisis perpustakaan dengan sumber-sumber daripada buku, jurnal, prosiding, modul dan bahan bercetak yang lain seperti surat khabar dan bahan elektronik. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan yang positif diperoleh daripada aktiviti usrah terutamanya kerana memberi pengisian kepada murid yang tinggal di asrama khususnya. Justeru keperluan kepada aktiviti usrah perlu diambil berat dan diberikan nafas baru untuk menghasilkan satu modul usrah yang sesuai buat generasi baru khususnya generasi Alpha yang akan menjadi generasi muka di masa hadapan.

Non-Formal Education (PBF) is a form of education that has a specific purpose in providing added value to formal education. In fact, Non-Formal Education (PBF) is also a complement to formal education that also plays a role in human formation and a catalyst for the progress of a country. In the aspect of character building, Non-Formal Education (PBF) is able to help in improving the character level of students in school especially. Therefore, the Implementation of Non-Formal Education in our country is very important in developing the level of mastery of a field of knowledge such as leadership, religious knowledge, technical knowledge and so on. In Non-Formal Education, there are various spiritual programs implemented in schools, universities and study centers. Emphasis on the development of youth personality in spiritual programs is important to give added value and experience to students in the formation of people with superior personality. This concept paper discusses the role of usrah in the construction of identity in non-formal education that focuses on the formation of the personality of students in school. This study will implement library analysis methods with sources from books, journals, proceedings, and other printed materials such as newspapers and electronic materials. The results of the study show that there is a positive effect obtained from usrah activities, especially because it fills the students who live in the hostel in particular. Therefore, the need for usrah activities needs to be taken seriously and given a new lease of life to produce an usrah module that is suitable for the new generation, especially the Alpha generation who will be the face generation in the future.

Published

2024-07-16