Tinjauan Aspek Pelancongan Astronomi di Kompleks Falak Al-Khawarizmi dalam Meningkatkan Penjanaan Aktiviti Ekonomi Setempat [Review of Astronomical Tourism Aspects at the Al-Khawarizmi Falak Complex in the Enhancement of Local Economic Activities Generati
Keywords:
Pelancongan astronomi, Astrotourism, Astrofiqh, Kompleks Falak Al-Khawarizmi Astronomical tourism, Astrotourism, Islamic astronomy, Al-Khawarizmi Falak ComplexAbstract
Kompleks Falak Al-Khawarizmi (KFAK) merupakan satu daripada balai cerap yang terdapat di Malaysia. Kompleks tersebut telah dibina oleh Kerajaan Negeri Melaka bermula pada tahun 2002 secara berfasa dan siap sepenuhnya pada tahun 2005. Matlamat utama pembinaan Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah berasaskan kepada 3P iaitu Penyelidikan, Pendidikan dan Pelancongan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan aspek pelancongan astronomi yang menyumbang kepada potensi untuk menjadikan kompleks tersebut sebagai sebuah tarikan pelancongan baharu di negeri Melaka. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati Kompleks Falak Al-Khawarizmi telah menjadi sebahagian daripada elemen utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan. Selain itu, kompleks tersebut juga dilihat sebagai sebuah kompleks pelancongan astronomi bertaraf antarabangsa menerusi penyertaan ramai pengunjung luar negara dalam aktiviti-aktiviti astronomi yang dianjurkan. Kini, Kompleks Falak Al-Khawarizmi turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai satu daripada produk pelancongan Islam di negeri Melaka.
The Al-Khawarizmi Falak Complex (KFAK) is one of the observatories located in Malaysia. The complex was constructed by the Melaka State Government, starting in 2002 in phases, and was fully completed in 2005. The primary goal of establishing the Al-Khawarizmi Falak Complex is based on the 3Ps: Research, Education, and Tourism. Therefore, this study is conducted with the aim of discussing the astronomical tourism aspects that contribute to the potential of making the complex a new tourist attraction in the state of Melaka. This study is qualitative research that utilizes document analysis, interviews, and observation as research methods. The findings indicate that the Al-Khawarizmi Falak Complex has become a significant element contributing to the economic growth of the local population. Additionally, the complex is also seen as an internationally recognized astronomical tourism destination through the participation of many foreign visitors in the organized astronomical activities. Currently, the Melaka State Government recognizes the Al-Khawarizmi Falak Complex as one of the Islamic tourism products in the state of Melaka.