Peranan Wakaf dalam Penggerak Ekonomi Islam bagi Menangani Keterbatasan Dana dalam Penyelidikan dan Inovasi di Sektor Pendidikan TVET [The Role of Waqf in Driving Islamic Economics to Address Funding Limitations in Research and Innovation Within The TVET Education Sector]
Keywords:
Wakaf, Ekonomi Islam, Penyelidikan dan Inovasi dan Keterbatasan Dana.Abstract
Wakaf merupakan satu bentuk sumbangan kekal yang diatur oleh prinsip syariah, telah lama diakui sebagai alat kewangan yang berpotensi tinggi dalam menyokong berbagai kegiatan sosial dan pendidikan. Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dianggap sebagai salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan yang menyokong pembangunan tenaga kerja terampil dan memenuhi keperluan industri yang berubah dengan cepat. Namun, institusi TVET sering kali menghadapi cabaran dalam pembiayaan, terutama dalam aspek penyelidikan dan inovasi. Keterbatasan dana ini tidak hanya menghalang kemajuan teknologi dan inovasi tetapi juga mempengaruhi kualiti pendidikan yang diberikan. Dalam konteks peningkatan ekonomi Islam, peranan wakaf dilihat sebagai satu cara untuk menangani keterbatasan dana dalam penyelidikan dan inovasi, terutamanya dalam sektor TVET. Dengan menghimpun data dari pelbagai sumber termasuk kajian literatur, laporan dan data statistik, kajian ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai konsep wakaf dalam Islam, prinsip ekonomi Islam dan kaitannya dengan wakaf, peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi, serta mengenal pasti potensi wakaf sebagai mekanisme pembiayaan alternatif yang dapat menyokong kegiatan penyelidikan dan inovasi di institusi TVET. Kajian ini turut membincangkan cabaran dalam pengurusan aset wakaf serta membuat perbandingan antara wakaf dengan model endowment dalam konteks pendidikan. Hasil kajian menekankan kepentingan wakaf sebagai instrumen pembiayaan yang berkesan dalam menangani keterbatasan dana penyelidikan dan inovasi TVET, justeru menyokong pembangunan modal insan yang berkualiti dan memacu ekonomi Islam ke arah yang lebih mampan dan inklusif.
Waqf, a form of perpetual endowment governed by Sharia principles, has long been recognized as a high-potential financial instrument in supporting various social and educational activities. Technical and Vocational Education and Training (TVET) is considered a crucial component of the education system, fostering the development of skilled workforce and meeting the rapidly changing needs of industries. However, TVET institutions often face challenges in financing, particularly in the aspects of research and innovation. This funding limitation not only hinders technological advancement and innovation but also affects the quality of education provided. In the context of Islamic economic growth, the role of waqf is seen as a means to address the funding constraints in research and innovation, especially in the TVET sector. By gathering data from various sources, including literature reviews, reports, and statistical data, this study aims to provide a deeper understanding of the concept of waqf in Islam, the principles of Islamic economics and their relation to waqf, the role of waqf in economic development, and to identify the potential of waqf as an alternative financing mechanism that can support research and innovation activities in TVET institutions. The study also discusses the challenges in managing waqf assets and compares waqf with the endowment model in the context of education. The findings emphasize the importance of waqf as an effective financing instrument in addressing the limitations of research and innovation funding in TVET, thereby supporting the development of quality human capital and driving the Islamic economy towards a more sustainable and inclusive direction.