Penguatkuasaan Kes-kes Kesalahan Berkaitan Akidah di Wilayah Persekutuan [Enforcement of ‘Aqidah-Related Offences Cases in Federal Territories]

Authors

  • Nur Hazirah Zainal Abidin Nur Hazirah, Zaini Nasohah & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
  • Zaini Nasohah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

fatwa, kesalahan akidah, penguatkuasaan, Wilayah Persekutuan

Abstract

Pelanggaran terhadap kesalahan berkaitan akidah sering didengari berlaku dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Penyebaran fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaa?h seperti Islam liberal dan lain-lain telah menimbulkan keresahan pelbagai pihak. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan akidah yang berlaku serta menganalisis penguatkuasaan yang dilaksanakan dalam mengawal kesalahan tersebut di Wilayah Persekutuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi penelitian terhadap sumber primer, sekunder dan temu bual. Dapatan seterusnya dianalisis bagi merumuskan objektif kajian yang ditetapkan temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa kes kesalahan akidah yang berlaku di Wilayah Persekutuan yang menjadi rujukan di peringkat penguatkuasaan dan hanya kes-kes tertentu sahaja didapati sampai ke peringkat pendakwaan. Keadaan ini boleh menimbulkan persepsi kurang baik di kalangan masyarakat Islam terhadap kesungguhan Pihak Berkuasa Agama dalam mengurus hal berkaitan isu penguatkuasaan bagi kesalahan akidah yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Justeru beberapa langkah susulan wajar diambil.

Violations related to ‘aqidah offenses are often heard to occur among the Muslim community in Malaysia. The spread of contradiction that is contrary to the beliefs of members of the Sunnah wa al-Jamaa?h such as liberal Islam and others has caused anxiety among various parties. Therefore, this study aims to identify the offences of ‘aqidah that occurred and analyze the enforcement implemented in controlling these errors in the Federal Territory. This study uses a qualitative method approach through research on primary, secondary and interview sources. The results were analyzed to determine the objectives of the interview. The results of the study found that there were several cases of ‘aqidah offenses that occurred in the Federal Territory which became a reference at the enforcement level and only certain cases were found to reach the prosecution level. This situation can lead to poor perception among the Muslim community on the seriousness of the religious authorities in managing matters related to enforcement issues for religious offenses that occur in the Federal Territory. There are some reasonable steps to be taken.

 

Published

2024-06-16