Meneroka Aplikasi Digital Amalan Kerohanian bagi Pesakit Kanser Wanita [Exploring Digital Applications of Spiritual Practices for Female Cancer Patients]
Keywords:
amalan kerohanian, aplikasi digital, kanser, rawatan alternatif kanserAbstract
Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan manusia mahupun haiwan. Penyakit ini boleh membawa kepada kematian. Umum mengetahui, ada pesakit kanser mengalami masalah tekanan emosi dan jiwa yang tidak terkawal dan menjadi penyebab penyakit kanser yang ditanggung mereka itu menjadi semakin teruk semasa proses rawatan dan pemulihan. Ini menyebabkan ada yang mendapatkan rawatan suplimentari secara kerohanian sebagai salah satu inisiatif. Perawatan dengan menggunakan kaedah kerohanian dianggap sebagai salah satu cara dalam membantu pesakit kanser menghadapi tekanan emosi semasa dan selepas menjalani rawatan. Kaedah pengubatan secara kerohanian ini juga penting kepada pesakit paliatif. Terdapat kepelbagaian sumber mengenai bahan-bahan kerohanian yang boleh diakses oleh pesakit kanser iaitu dalam bentuk bercetak seperti buku, poster dan majalah, secara individu iaitu orang perseorangan ataupun persatuan. Selain itu bahan rujukan kerohanian juga boleh didapati menerusi aplikasi-aplikasi digital yang dibangunkan di Malaysia mahupun dari luar negara. Sejauh manakah kandungan dan penggunaan aplikasi-aplikasi tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pesakit kanser ia masih belum diteroka secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk meneroka aplikasi-aplikasi berkaitan yang mempunyai kandungan keagamaan dan kerohanian. Kajian ini menggunakan pendekatan Kajian perpustakaan dan tinjauan sebagai kaedah mengumpulkan data. Kajian ini mendapati kandungan aplikasi yang sedia ada hanya mengandungi maklumat Islam secara umum tanpa mengkhususkan untuk panduan kerohanian pesakit kanser. Berasaskan tinjauan dan penemuan tentang vakum ini, kandungan kerohanian secara digital buat pesakit kanser adalah suatu keperluan. Oleh itu dicadangkan agar pihak pembangun-pembangun kandungan aplikasi dapat memberikan perhatian terhadap salah satu keperluan panduan kerohanian digital tersebut kepada mereka.
Cancer is a disease associated with the imbalance of replication and cell response in both human and animal bodies. The disease can lead to death. It is commonly known that some cancer patients experience uncontrollable emotional and mental distress which caused their cancer to be worsened during the treatment and recovery process. As a result, some of the patients seek spiritual supplementary treatment as one of the initiatives. Treatment using spiritual method is considered as one of the ways to help cancer patients to cope with emotional distress during and after treatment. This method of spiritual medicine is also important to palliative patients. There are varieties of printed sources on spiritual materials like books, posters and magazines which can be accessed individually or as an association by the cancer patients. In addition, spiritual reference materials are also available through digital applications developed in Malaysia and abroad. The extent of the content and usage of these applications affect cancer patients beneficially is yet to be explored. The aim of this study is to explore related applications that have religious and spiritual content. This study uses the Library and survey studies approach as a method of collecting data. The study found that the content of the existing application only contains Islamic information in general without specializing in the spiritual guidance of cancer patients. Based on surveys and findings about this vacuum, digital spiritual content for cancer patients is a necessity. Therefore, it is suggested that the developers of the applications can pay attention on contents that can fulfil one of their needs in digital spiritual guidance.