Pembelajaran Berasaskan Realiti Terimbuh dalam Pendidikan Islam [Learning Based on Augmented Reality in Islamic Education]

Authors

  • Muhamad Faizzuddin Zainol Aman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kaedah Pengajaran,Realiti Terimbuh,Pendidikan Islam Method of Teaching, Augmented Reality, Islamic Education

Abstract

Setiap guru dituntut untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran agar segala input yang disampaikan memberi kesan ke atas pelajar. Kaedah pengajaran berasaskan teknologi seperti Realiti Terimbuh atau AR juga merupakan salah satu medium yang efektif dalam menyampaikan ilmu dan isi kandungan pelajaran kepada pelajar. Namun dalam konteks Pendidikan Islam teknologi ini haruslah diteliti supaya ianya disesuaikan dengan silibus dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti mana yang digariskan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP). Kewujudan teknologi AR ini serba sedikit memberi pengaruh ke atas pembelajaran subjek-subjek Pendidikan Islam daripada aspek daya tarik dan motivasi pelajar. Namun masih terdapat sebilangan guru yang menganggap penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam sesuatu yang tidak relevan di samping kelemahan guru itu sendiri dalam menguasai teknologi pendidikan. Tujuan kertas konsep ini dihasilkan bagi meneliti senarai aplikasi AR dalam Pendidikan Islam serta pengaruhnya ke atas pembelajaran murid semasa sesi PdPc. Pengkaji menggunakan kajian lepas sebagai rujukan dalam meneliti objektif dan metodologi yang digunakan untuk membina aplikasi AR. Kajian ini memberi implikasi yang besar kepada guru dan pelajar dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran agar ianya sesuai dengan gaya pendidikan moden kini.

Every teacher is required to diversify teaching methods so that all the input provided has an impact on students. Technology-based teaching methods such as Augmented Reality (AR) are also one of the effective mediums in delivering knowledge and lesson content to students. However, in the context of Islamic Education, this technology should be researched to ensure it is aligned with the curriculum and goals of the Malaysian Ministry of Education (MOE) as outlined in the Curriculum and Performance Standard Document (DSKP). The existence of AR technology slightly influences the learning of Islamic Education subjects in terms of attractiveness and student motivation. However, there are still some teachers who consider the use of technology in Islamic Education irrelevant, alongside the weaknesses of teachers themselves in mastering educational technology. The purpose of this concept paper is to examine the list of AR applications in Islamic Education and their influence on student learning during teaching and learning sessions. Researchers use past studies as references to examine the objectives and methodologies used to develop AR applications. This study has significant implications for teachers and students in diversifying teaching methods to align with modern educational styles.

Published

2024-03-16