Penelitian Retrospektif Terhadap Karya-karya Berkaitan Pendidikan Astronomi Bagi Golongan Orang Kurang Upaya [Retrospective Study on Works Related to Astronomy Education for Persons with Disabilities]

Authors

  • Iffah Mohamad Nawawi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Hafiz Safiai Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Orang kurang upaya, Astronomi, Kurang upaya penglihatan, Kurang upaya mental dan fizikal Persons with disabilities, Astronomy, Visual impairment, Mental and physical disabilities

Abstract

Pendidikan sains astronomi dilihat semakin mendapat perhatian selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Terdapat banyak program dan aktiviti yang dijalankan bagi menarik minat masyarakat dalam pembangunan bidang ilmu tersebut. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang tertinggal dalam kehebatan perkembangan bidang ilmu tersebut iaitu golongan orang kelainan upaya (OKU). Golongan ini seringkali tertinggal dan kurang diberikan perhatian sedangkan mereka turut mempunyai hak yang sama seperti golongan masyarakat lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membahaskan tentang peranan dan sumbangan ilmu astronomi kepada golongan OKU di Malaysia. Selain itu, kajian ini turut meneliti inisiatif yang telah diambil bagi mengurangkan jurang antara masyarakat dalam menjamin hak kesamarataan dalam aspek pendidikan kepada golongan tersebut. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati kurangnya program dan aktiviti yang dijalankan untuk golongan OKU di Malaysia dalam aspek pendidikan sains astronomi, di samping kekurangan instrumen dan kemudahan yang sesuai bagi membolehkan golongan tersebut mendapat pendedahan berkaitan ilmu astronomi. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata dan ruang pihak kerajaan kepada golongan OKU dalam memastikan mereka mempunyai akses dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat terhadap program sains astronomi yang dilaksanakan.

The education of astronomy is now increasingly receiving attention in line with the current technological advancements. Numerous programs and activities are being carried out to attract public interest in the development of this field of knowledge. However, there is a segment of the population that is left behind in the brilliance of the advancements in this field, namely the persons with disabilities (PWD). This group is often neglected and given less attention, even though they have the same rights as other members of society. Therefore, this study is conducted to discuss the role and contribution of astronomy to the PWD community in Malaysia. Additionally, the study also examines initiatives that have been taken to reduce the gap among the society in ensuring equal rights in the educational aspect for this group. This study is a qualitative research employing document analysis and observation as the research approaches. The findings indicate a lack of programs and activities for the PWD community in Malaysia in the aspect of astronomy education, as well as a shortage of suitable instruments and facilities to enable this group to gain exposure to astronomy-related knowledge. This study is hoped to raise awareness and encourage the government to ensure that PWDs have equal access and opportunities for full participation in society regarding implemented astronomy programs.

Published

2024-03-16