Analisis Kepelbagaian Sighat ‘Amr bagi Konteks Hutang dalam Surah Al-Baqarah [Analysis of The Diversity of Sighat Amr for The Context of Debt in Surah al-Baqarah]

Authors

  • Syakirah Rifa’in @ Mohd Rifain Universiti Malaya
  • Mat Taib Pa Universiti Malaya

Keywords:

Balaghah, gaya bahasa amr, hutang, al-Baqarah Balaghah, language style of amr, debt, al-Baqarah

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai gaya bahasa amr berkaitan hutang dalam surah al-Baqarah. Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu yang pertama untuk mengenal pasti bentuk dan tujuan amr dan yang kedua untuk merumuskan mesej tersirat kepelbagaian bentuk amr bagi konteks hutang dalam surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dianalisis menggunakan teknik analisis teks berdasarkan konteks ayat dengan menggunakan tafsir-tafsir yang berkaitan oleh ulama silam dan moden. Bagi objektif pertama kajian ini menggunakan Teori Abbas (1997) manakala objektif kedua pula menggunakan pendapat al- Zuhayliy (1991). Dapatan kajian mendapati bahawa konteks hutang mempunyai tiga bentuk amr iaitu fi il amr, uslub khabariy yang memberi makna insyaiy dan lam amr. Manakala terdapat tiga tujuan amr bagi konteks ini iaitu wajib, ibahah dan sunat. Seterusnya bagi mesej tersirat kepelbagaian bentuk amr kajian ini merumuskan bahawa fiil amr digunakan sebagai arahan yang sangat tegas dan kuat yang menunjukkan kesungguhan untuk menjelaskan perkara-perkara asas dan uslub khabariy yang memberi makna insyaiy pula bersifat kelembutan kerana ia melibatkan perkara yang sukar. Lam amr pula merupakan pengukuhan terhadap perkara-perkara perincian. Secara kesimpulannya, kepelbagaian sighat amr yang digunakan mengikut konteks dan situasi tertentu mempunyai keunikan dan mesej tersirat. Ini merupakan satu dapatan baru yang belum dihasilkan oleh mana-mana pengkaji sebelum ini dan kajian ini boleh dilanjutkan lagi dalam surah lain selain al-Baqarah.

This study discusses the language style of amr related to debt in surah al-Baqarah. This study has two main objectives, the first is to identify the form and purpose of amr and the second is to conclude the hidden meaning of diversity of amr forms of debt in surah al-Baqarah. This study is a qualitative study that is analysed using text analysis techniques based on the context of the verse by using related interpretations by past and modern scholars. For the first objective of this study, the theory of  'Abbas (1997) has been applied in this study, while the second objective is using the opinion of al-Zuhayliy (1991). The findings of the study found that the context of debt has three forms of amr, namely fi' il amr, uslub khabariy which gives the meaning of insyaiy and lam amr. While there are three purposes of amr for this context, which are obligatory, ibahah and sunnah (sunat). Next, for the hidden meaning of the diversity of amr forms, this study summarizes that the fi’l amr is used as a very firm and strong command that shows seriousness to explain basic matters and uslub khabariy which gives the meaning of insyaiy is gentle because it involves difficult matters. Lam amr is a reinforcement of details. In conclusion, the variety of sighat amr used according to specific contexts and situations has its uniqueness and implicit message. This is a new finding that has not been produced by any researcher before and this study can be continued in other surahs besides al-Baqarah.

Published

2024-03-16