Konsep Doa sebagai Satu Bentuk Kaedah Psikoterapi Islam dalam Mengawal Emosi Watak Menerusi Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Inderaputera dan Hikayat Caya Langkara

[The Concept of Prayer as A Form of Islamic Psychotherapy in Controlling Character Emotions Through Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Inderaputera and Hikayat Caya Langkara]

Authors

  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia
  • Mohamad Luthfi Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Doa, emosi, gangguan, hikayat, kawalan Pray, emotion, disturbance, hikayat, control

Abstract

Gangguan emosi berlaku ketika manusia berhadapan dengan sebarang masalah dan konflik. Keadaan ini akan menjadi lebih rumit dan berlarutan sekiranya individu terbabit gagal dalam mengawal gangguan emosi yang dialami dengan sebaiknya. Gangguan emosi tidak hanya berlaku kepada manusia di alam realiti semata-mata. Hal ini kerana situasi tersebut turut digambarkan dalam karya-karya sastera khususnya karya sastera tradisional berbentuk prosa. Pengarang merupakan figura penting dalam melukiskan dan mencorakkan watak-watak yang memiliki emosi. Gambaran watak beremosi turut menampilkan bagaimana watak-watak dalam karya sastera mengalami gangguan emosi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dan konflik. Sehubungan itu, dalam konteks perbincangan makalah ini, satu bentuk kaedah yang berupaya mengawal emosi watak adalah dengan berdoa. Dalam hal ini, agama Islam telah meletakkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi dan diikuti ketika manusia berhadapan dengan sesuatu masalah dan konflik iaitu dengan berdoa. Konsep berdoa sebagai satu bentuk kawalan emosi ini bertepatan sebagai satu usaha dan penyerahan manusia kepada pencipta-Nya. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan faktor yang mendorong kepada gangguan emosi dan bagaimana kaedah berbentuk doa dapat membantu dalam mengawal emosi watak. Makalah ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis data kajian terhadap teks kesusasteraan tradisional. Teks karya sastera terpilih dalam perbincangan ini ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Caya Langkara. Berdasarkan hasil perbincangan makalah ini telah membuktikan bahawa kaedah berdoa merupakan satu bentuk kaedah yang berkesan dan berupaya dalam mengawal emosi watak. Lantaran itu, menerusi perbincangan makalah ini juga dapat mendidik dan memupuk umat Islam menggunakan kaedah Islam seperti berdoa apabila berhadapan dengan gangguan emosi, masalah dan konflik dalam kehidupan. Justeru, menerusi hasil perbincangan makalah ini turut dapat membantu individu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bersikap positif.

Emotional disturbances occur when people are faced with any problems and conflicts. This situation will become more complicated and protracted if the individual involved fails to control the emotional disturbance experienced as well as possible. Emotional disturbances do not only happen to humans in the real world. This is because the situation is also described in literary works, especially traditional literary works in the form of prose. The author is an important figure in drawing and modeling characters who have emotions. The portrayal of emotional characters also shows how characters in literary works experience emotional disturbances when faced with a problem and conflict. Accordingly, in the context of the discussion of this paper, a form of method that can control the character's emotions is by praying. In this regard, Islam has laid down a guideline that needs to be obeyed and followed when people are faced with a problem and conflict, namely by praying. The concept of praying as a form of emotional control coincides with human effort and submission to His creator. Therefore, this paper will discuss the factors that lead to emotional disturbances and how the method of prayer can help in controlling the character's emotions. This paper uses bibliographic methods and data analysis to study traditional literary texts. The selected literary texts in this discussion are Hikayat Inderaputera, Hikayat Ahmad Muhammad and Hikayat Caya Langkara. Based on the results of this paper's discussion, it has been proven that the prayer method is an effective and capable method in controlling the character's emotions. Therefore, through the discussion of this paper can also educate and nurture Muslims using Islamic methods such as praying when faced with emotional disturbances, problems and conflicts in life. Therefore, through the discussion of this paper can also help individuals to live a better life and be positive.

Published

2024-03-16