Warisan Persembahan Hadrah di Utara Semenanjung Malaysia: di Sebalik Pengekalan Tradisi dan Perubahan [The Legacy of Hadrah Performance in Northern Peninsular Malaysia: Preservation of Tradition and Change]

Authors

  • Mohamad Luthfi Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia
  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia
  • Ain Nurani Abdul Majid Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Hadrah, Tradisi Lisan, Lagu, Pengekalan dan Perubahan Oral Tradition, Song, Preservation and Change

Abstract

Hadrah merupakan salah satu persembahan yang terkenal di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Perlis, Kedah sehingga ke Selatan negeri Perak. Hadrah boleh digolongkan dalam kategori persembahan rakyat atau folk performances. Tradisi persembahan ini diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan dan tanpa sebarang kaedah formal. Oleh demikian, makalah ini akan mengkaji empat kumpulan Hadrah iaitu Kumpulan Hadrah Setia Jaya, Kumpulan Hadrah Sungai Setar, Kumpulan Hadrah Seri Pauh dan Kumpulan Hadrah Sri Mawar. Kajian ini menggunakan kaedah lapangan dan wawancara di beberapa kampung di Perlis dan juga di Selama, Perak. Objektif utama mengkaji persembahan ini adalah untuk mendokumentasikan keunikan-keunikan yang terdapat dalam persembahan tersebut dan yang keduanya adalah untuk melihat sejauh mana kumpulan Hadrah yang ada sekarang masih memegang erat tradisi persembahan ini seperti zaman-zaman kegemilangannya sebelum ini. Salah satu elemen penting yang ingin dibahaskan dalam makalah ini ialah tentang lagu-lagu yang dipersembahkan dalam Hadrah. Berbeza dengan persembahan-persembahan rakyat yang lain, lagu-lagu asal hadrah ini agak pelik dan aneh bahasanya. Malah hampir keseluruhan maksudnya tidak difahami. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini lagu-lagu ini masih dimainkan walaupun terdapat usaha kumpulan-kumpulan tersebut mengubahsuainya dan mencipta lagu-lagu baru yang bertemakan kehidupan masyarakat semasa. Oleh itu sangat penting untuk mengkaji secara mendalam mengapa lagu-lagu asal itu masih dikekalkan dan pada masa yang sama mengapa pula terdapat usaha-usaha untuk mencipta lagu baru? Adakah ini merupakan petanda awal bahawa tradisi asal Hadrah itu mula mengalami perubahan dalam jangka masa yang panjang? Penelitian ini akan berpandukan kepada beberapa ciri dan prinsip yang digariskan oleh Mohd Taib Osman (1975 dan 1984) dan beberapa sarjana lain berkaitan tradisi lisan. Kajian ini signifikan kerana Hadrah merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang berkemungkinan berhadapan risiko kepupusan. Oleh itu sebarang usaha pengkajian dan pendokumentasian adalah penting untuk memastikannya kekal lestari.

Hadrah is one of the famous performances in the North of Peninsular Malaysia, which is in the state of Perlis, Kedah to the South of the state of Perak. Hadrah can be classified in the category of folk performances. The tradition of this performance is handed down from one generation to another orally and without any formal method. Therefore, this paper will examine four Hadrah groups, namely Kumpulan Hadrah Setia Jaya, Kumpulan Hadrah Sungai Setar, Kumpulan Hadrah Seri Pauh and Kumpulan Hadrah Sri Mawar. This study uses field methods and interviews in several villages in Perlis and in Selama, Perak. The main objective of studying this performance is to document the uniqueness found in the performance and the second is to see the extent to which the current Hadrah group still holds tightly to the tradition of this performance as in its previous glory days. One of the important elements to be discussed in this paper is about the songs performed in Hadrah. It is different from other folk performances, these original Hadrah songs and language are quite strange. In fact, almost the whole meaning is not understood. However, until today these songs are still played despite the efforts of the groups to modify them and create new songs with the theme of current community life. Therefore, it is very important to study deeply why the original songs are still maintained and at the same time why there are efforts to create a new song? Is this an early sign that Hadrah original tradition began to undergo changes over a long period of time? This research will be guided by some characteristics and principles outlined by Mohd Taib Osman (1975 and 1984) and some other scholars related to oral tradition. This study is significant because Hadrah is a form of oral tradition that is likely to face the risk of extinction. Therefore, any research and documentation efforts are important to ensure it remains sustainable.

Published

2024-03-16