Pengurusan Pengajian Islam Terhadap Mualaf [Management of Islamic Studies to Mualaf]
Keywords:
mualaf, pengajian, bimbingan, analisis, pengurusan converts, studies, guidance, analysis, managementAbstract
Islam makin mendapat tempat dalam masyarakat bukan Islam di Malaysia. Jumlah mualaf yang semakin meningkat menjadi tanggungjawab setiap Muslim sama ada individu, komuniti atau kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang bukan Islam. Oleh itu, bimbingan Islam dari segi akidah, ibadah, akhlak, dan pengurusan hidup merupakan suatu keperluan mendesak kepada para mualaf. Objektif kajian ini dijalankan adalah bagi menganalisis pengurusan kelas pengajian Islam yang disediakan kepada mualaf dari segi kesesuaian pengurusan kelas pengajian tersebut kepada kehidupan para mualaf. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengumpulkan data menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk buku-buku serta jurnal yang berkaitan dengan pengajian Islam kepada mualaf serta menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur kepada mualaf yang sedang mengikuti kelas pengajian Islam. Terdapat cabaran dari pihak mualaf sendiri untuk memenuhi pengajian Islam yang disediakan termasuk masa pelaksanaan kelas, kekangan pengurusan keluarga dan bahasa yang digunakan. Hasil dapatan analisis menunjukkan bahawa usaha bimbingan yang berterusan wajar diaplikasikan kepada mualaf selepas mereka memeluk Islam. Disebabkan pengajian Islam ini sangat penting untuk memberi sokongan kefahaman dan praktikaliti dalam kehidupan baru mualaf, maka pengurusan kelas pengajian Islam ini haruslah menepati keperluan mualaf supaya mualaf mendapat kebaikan sepenuhnya dari kelas pengajian Islam yang dijalankan sehingga mereka dapat mempraktikkan sebaiknya apa yang telah dipelajarinya dalam kehidupan sebenar selepas menamatkan pengajian Islam di pusat perlindungan mualaf tersebut dapat meningkatkan kesejahteraan hidup mualaf dan mengurangi kesan negatif dalam kehidupan mereka.
Islam is increasingly gaining a place in the non-Muslim community in Malaysia. The growing number of converts is the responsibility of every Muslim whether individual, community or government and non-governmental organization (NGO) to convey the teachings of Islam to non-Muslims. Therefore, Islamic guidance in terms of belief, worship, morals, and life management is an urgent need for converts. The objective of this study was to analyze the management of Islamic study classes provided to converts in terms of the suitability of the management of the study class to the lives of the converts. This study is a qualitative study that collects data using the literature review method by referring books and journals related to Islamic studies to converts and using unstructured interview methods to converts who are following Islamic studies classes. There are challenges from the converts themselves to meet the Islamic studies provided including class implementation time, family management constraints and the language used. The results of the analysis show that continuous guidance efforts should be applied to converts after they embrace Islam. Because Islamic study is very important to support understanding and practicality in the new life of the convert, the management of this Islamic study class must meet the needs of the convert so that the convert will get the full benefit from the Islamic study class that is conducted so that they can put into practice what they have learned in real life after completing Islamic studies at the convert protection center can improve the well-being of converts and reduce the negative effects in their lives.