Konsep Pemindahan Organ Haiwan Kepada Manusia: Kajian Perspektif Usul Fiqh, Fatwa, Etika dan Kerohanian [The Concept of Transferring Animal Organ to Human: A Study from the Perspectives of Usul Fiqh, Fatwa, Ethics and Spirituality]

Authors

  • Muhammad Azizan Sabjan Universiti Sains Malaysia
  • Noor Shakirah Mat Akhir Universiti Sains Malaysia
  • Roshimah Shamsudin Universiti Sains Malaysia
  • Muhammad Ikhlas Rosele Universiti Malaya
  • Farah Salwani Muda@Ismail Universiti Sains Islam Malaysia
  • Halipah Hamzah UiTM Cawangan Pulau Pinang

Keywords:

organ, usul fiqh, fatwa, etika, kerohanian organ, usul fiqh, fatwa, ethics, spirituality

Abstract

Pemindahan organ dan pendermaan dalam konteks Islam telah dibincangkan di kalangan sarjana Islam sejak tahun 1950-an. Al-Quran dan al-Sunnah, yang merupakan sumber utama undang-undang, tidak menangani topik ini secara khusus kerana pemindahan organ adalah kemajuan perubatan yang hanya muncul pada abad ke-20. Oleh itu, pendapat-pendapat yang telah dikeluarkan oleh ulama Islam mengenai pemindahan organ adalah berdasarkan pendekatan fiqh kontemporari yang menangani isu-isu baru yang tidak ada pendapat ulama terdahulu. Hukum pemindahan organ dan pendermaan adalah perlu kerana ia memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu maqasid al-syar’iyyah. Pemindahan organ dijalankan untuk rawatan dan merupakan langkah terakhir untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Keputusan mengenai pemindahan organ adalah berdasarkan fakta bahawa ia dijalankan dalam keadaan mendesak dan merupakan pilihan terakhir yang ada untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Fatwa pemindahan organ dari manusia kepada manusia adalah jelas. Namun, isu pemindahan organ atau tisu haiwan khususnya daripada haiwan yang dianggap najis dan haram oleh syarak kepada tubuh manusia memerlukan kajian dan perbincangan yang mendalam. Kertas kerja ini mengupas konsep pemindahan organ haiwan kepada manusia dari sudut usul fiqh, fatwa, etika, dan kerohanian seperti yang digariskan dalam Islam.

Organ transfer and donation in the Islamic context have been discussed among Islamic scholars since the 1950s. The Qur'an and al-Sunnah, which are the primary sources of law, do not specifically address this topic because organ transplantation is a medical advancement that only emerged in the 20th century. Therefore, the opinions that have been issued by Islamic scholars regarding organ transplantation are based on contemporary fiqh approaches that deal with new issues for which there is no previous scholarly opinion. The organ transfer and donation law is necessary because it fulfills the demands of preserving human life, which is one of the maqasid al-syar'iyyah. Organ transfer is carried out for treatment and is the last resort to save the lives of patients suffering from end-stage organ failure. The ruling on organ transplantation is based on the fact that it is carried out in a state of urgency and is the last option available to save the patient's life. The fatwa on organ transfer from human to human is clear. However, the issue of transferring animal organs or tissues, especially from animals considered unclean and haram by syarak to the human body requires in-depth study and discussion. This paper explores the concept of transferring animal organs to humans from the perspectives of usul fiqh, fatwa, ethics, and spirituality as outlined in Islam.

Published

2024-03-07