Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP) mengenai Fardu Ain di kalangan Murid Sekolah Menengah Negeri Perlis [Knowledge, Attitude and Practice (KAP) Regarding Fardu Ain Among Secondary School Students in Perlis State]

Authors

  • Fathullah Asni Universiti Sains Malaysia
  • Khalilullah Amin Ahmad Kolej Universiti Islam Perlis
  • Muhamad Husni Hasbulah Kolej Universiti Islam Perlis
  • Afiffudin Mohammed Noor Universiti Teknologi MARA, Perlis

Keywords:

Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP), Fardhu ‘Ain, Perlis, Sekolah Menengah, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan fardu ‘ain dalam kalangan pelajar di sekolah menengah sekitar di negeri Perlis. Kajian ini dilakukan rentetan daripada kajian-kajian lepas mengesahkan bahawa faktor lemah pegangan agama adalah punca utama penglibatan remaja Islam dalam masalah sosial. Rekod statistik juvana dalam kalangan remaja semakin meningkat saban tahun, sedangkan remaja adalah generasi pelapis dan modal insan negara. Kajian ini telah dijalankan terhadap para pelajar tingkatan lima di sekolah menengah sekitar di negeri Perlis. Sebanyak enam kategori pendidikan menengah menjadi populasi kajian melibatkan 347 pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics versi22. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pelajar sekolah menengah tingkatan lima mengenai fardu ‘ain berada pada tahap tinggi dengan min sebanyak 3.89. Demikian juga pengetahuan responden terhadap fardu ‘ain berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.94. Manakala sikap responden terhadap fardu ‘ain berada pada tahap rendah dengan min 2.57. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ujian Kolerasi Pearson secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan pelajar berkaitan fardu ‘ain mempunyai hubungan yang signifikan (r = .74, p <.01) dengan tahap pengetahuan pelajar. Ujian Kolerasi Pearson secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap sikap pelajar berkaitan fardu ‘ain tidak mempunyai hubungan yang signifikan (r = .308, p > .01) (r = .258, p >.01) terhadap tahap amalan dan pengetahuan pelajar. Implikasi kajian ini mendapati bahawa sikap negatif di kalangan pelajar boleh menatijahkan tingkah laku negatif hingga boleh membawa kepada masalah sosial yang meruncing.

This study aims to determine the level of knowledge, attitudes, and practices of fardu 'ain among students in secondary schools around Perlis. This study was carried out in a series of previous studies confirming that the weak factor of religious belief is the main cause of the involvement of Muslim youth in social problems. Juvenile statistics records among teenagers are increasing yearly, while teenagers are the next generation and the country's human capital. This study was conducted on fifth-grade students in secondary schools around Perlis. A total of six categories of secondary education became the study population, involving 347 students. The data obtained was analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics software version 22. Findings show that the level of practice of form five secondary school students regarding fadhu 'ain is at a high level with a mean of 3.89. Similarly, the respondents' knowledge of fardu 'ain is at a high level with a mean value of 3.94. Meanwhile, the respondents' attitude towards fardu 'ain is low, with a mean of 2.57. The findings show that the Pearson Correlation test shows that the level of student practice related to fardu 'ain has a significant relationship (r = .74, p < .01) with the level of student knowledge. Pearson's Correlation Test as a whole show that the level of students' attitudes related to fardu 'ain does not have a significant relationship (r = .308, p > .01) (r = .258, p > .01) to the level of students' practice and knowledge. This study implies that a negative attitude leads to negative behaviour that can escalate social problems.

Published

2024-03-16