Pengesahan Model Kajian Menggunakan Analisis Faktor Kesahan (AFK) Bagi Konstruk Pengetahuan Agama, Kaedah Penyampaian, Kecerdasan Emosi dan Peningkatan Amal Ibadah dalam Kalangan Komuniti Masjid
Keywords:
Confirmatory Factor Analysis(CFA), Structural Equation Modeling(SEM), Pooled CFA, Akidah, Syariat, AkhlakAbstract
Pengesahan model kajian menggunakan Analisis Faktor Kesahan (Confirmatory Factor Analysis-CFA) adalah sangat penting dalam membina model kajian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengesahkan model kajian berdasarkan konstruk pengetahuan agama, kaedah penyampaian, kecerdasan emosi dan peningkatan amal ibadah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa analisis CFA yang dijalankan ke atas model pengukuran bagi konstruk pengetahuan agama, kaedah penyampaian, kecerdasan emosi dan peningkatan amal ibadah (akidah, syariat dan akhlak) telah mencapai nilai tahap indeks kesepadanan (fitness indexes). Manakala Analisis Faktor Kesahan gabungan semua model pengukuran (Pooled analisis), menunjukkan kesemua empat kategori indeks kesepadanan model untuk kesemua model pengukuran konstruk telah di capai dan kesahan diskriminan untuk semua konstruk dalam model juga telah dicapai. Kesimpulannya, model yang dibangunkan ini sesuai untuk menentukan pengetahuan agama, kaedah penyampaian dan kecerdasan emosi para Jemaah Tabligh semasa menyampaikan kuliah kepada komuniti masjid terhadap peningkatan amal ibadah dari aspek akidah, syariat dan akhlak.