Peranan Muzium di Malaysia dalam Melestarikan Sejarah dan Warisan Haji [The Role of Museums in Malaysia in Preserving Hajj History and Heritage]

Authors

  • Aiza Maslan @ Baharudin Universiti Sains Malaysia

Keywords:

muzium, kajian muzium, sejarah haji, warisan haji, pameran, masyarakat Melayu. museum, museum studies, history of the hajj, heritage of the hajj, exhibition, the Malays.

Abstract

Muzium bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Perkembangan muzium amat memberangsangkan dengan jumlah penubuhan muzium yang semakin bertambah. Penubuhan muzium sememangnya merupakan antara usaha ke arah pengekalan khazanah warisan sejarah dan budaya bangsa. Koleksi pameran yang tersimpan dan terpelihara menjadi bukti sesuatu peristiwa atau sejarah silam yang telah serta pernah mewarnai sejarah dan kebudayaan negara dan masyarakat. Kajian ini bertujuan mengkaji peranan yang dimainkan oleh pihak muzium di Malaysia dalam melestarikan sejarah dan warisan haji memandangkan ibadat haji cukup dekat di hati masyarakat Islam di Malaysia, khususnya bagi masyarakat Melayu. Perubahan dan peredaran masa telah menjadikan perkembangan sejarah dan warisan haji mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sejarah tersebut perlu diketengahkan kepada masyarakat untuk ditelusuri. Generasi hari ini perlu didedahkan dengan sejarah pengerjaan haji masyarakat silam agar pengalaman tersebut memberikan ilmu, pengalaman serta iktibar kepada mereka. Kajian bersifat kualitatif ini akan menggunakan kaedah kajian analisis dokumen terhadap bahan-bahan literatur dan pemerhatian personal. Dapatan kajian mendapati bahawa pameran yang dianjurkan oleh muzium-muzium di Malaysia membolehkan Masyarakat menelusuri dan menghayati sejarah dan warisan haji di Malaysia sejak era kapal laut, sekaligus berpeluang melihat artifak-artifak nadir berkaitan haji yang sukar untuk ditemui pada hari ini.

Malaysians are no strangers to museums. Museums here have seen an encouraging growth as evident through the increasing number of museums in the country. Establishing museums represents an effort towards preserving historical and cultural heritage. Collections archived and preserved are proof of past events and history that shape the history and culture of a nation and the society. This study aims to examine the role played by museums in Malaysia in recovering the history and heritage related to hajj, seeing as hajj is one of the acts of worship Muslims in Malaysia, particularly the Malays, hold closest to their heart. Change and passage of time have made the history and heritage of hajj unique with characters of their own, and this should be highlighted for the people to appreciate. Today’s generation should be exposed to the history of how hajj was performed in the past, as this history represents knowledge and experience, and there is a lot to be learned from it. This qualitative study will use the method of document analysis of literature materials and personal observations. The findings of the study indicate that museum exhibitions in Malaysia give visitors the chance to learn about and appreciate the history and legacy of the Hajj in Malaysia from the time of sea ships, while also having the opportunity to see rare artifacts related to Hajj that are hard to come by these days.

Published

2024-02-12