Insan Kamil dalam Novel Ceritera Hati Ana Karya Nur Shamsiah On [Insan Kamil in Novel Ceritera Hati Ana by Nur Shamsiah On]

Authors

  • Mohd Shukrey Ahmad Universiti Sains Malaysia
  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Insan Kamil, novel, Ana Muslim, kanak-kanak Insan Kamil, novel, Ana Muslim, children

Abstract

Makalah ini akan mengenal pasti dan menganalisis aspek Insan Kamil yang terdapat dalam novel kanak-kanak siri Ana Solehah yang berjudul Ceritera Hati Ana. Pemilihan novel terbitan Ana Muslim Sdn Bhd ini berikutan pencapaian sebagai penerima Anugerah Buku Negara. Novel berjudul Ceritera Hati Ana karya Nur Shamsiah On telah dicetak sebanyak enam edisi bermula 2009 sehingga 2015. Golongan kanak-kanak adalah penting untuk diberikan pendidikan berkaitan Insan Kamil yang merujuk kepada peribadi Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam kehidupan manusia. Penerapan terhadap konsep ini dalam bahan bacaan kanak-kanak seperti novel sangat diperlukan kerana masyarakat masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dan aspek negatif. Hal ini dapat dilihat gejala seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, fesyen pakaian yang tidak mengikut syarak serta budaya pertuturan yang kasar kini tersebar luas dalam media elektronik dan media sosial seperti televisyen, Facebook, YouTube, Twitter, Tik Tok, Instragram. Perkara negatif ini mula meresapi cara kehidupan kanak-kanak disebabkan keakraban generasi ini dengan media teknologi yang tidak terkawal. Justeru, bahan bacaan perlu diperbanyakkan dengan menerapkan konsep-konsep Insan Kamil ini supaya dapat memberikan kefahaman serta contoh yang perlu diikuti oleh kanak-kanak. Penelitian ini akan mengaplikasikan Teori Takmilah iaitu prinsip Kerasulan sebagai Insan Kamil bagi meneliti kewajaran watak dalam karya kanak-kanak tersebut. Hasil perbincangan mendapati bahawa novel ini telah mengangkat prinsip Insan Kamil sebagaimana yang digariskan oleh Teori Takmilah. Novel ini juga berupaya memberikan didikan yang baik kepada pembaca kanak-kanak dan mampu memberikan pengaruh yang positif kepada kanak-kanak. Ibu bapa digalakkan untuk menyediakan bahan bacaan yang baik kepada kanak-kanak demi memastikan perilaku dan pertuturan terjaga.

This paper will have carried out to identify and analyze aspects of Insan Kamil found in the children's novel Ana Solehah series entitled Ceritera Hati Ana published by Ana Muslim Sdn Bhd. This selection of this novel published by Ana Muslim Sdn. Bhd. follow the achievement as a recipient of the National Book Award. The novel entitled Ceritera Hati Ana by Nur Shamsiah On was printed in six editions from 2009 to 2015. It is important for children to be given education related to Insan Kamil which refer to the personality of the Prophet SAW as a role model in human life. Exposure to this concept in children's reading materials such as novels is indispensable as it is ensured that society is now exposed to various challenges and negative aspects. This can be seen as symptoms such as free association between men and women, fashion of clothing that is not according to Sharia and abusive speech culture are now widespread in electronic media and social media such as television, Facebook, YouTube, Twitter, Tik Tok, Instagram and so on. These negatives begin to permeate the way of life of children due to the closeness of this generation with uncontrollable technological media. Therefore, reading materials need to be increased by applying the concepts of Insan Kamil in order to provide understanding and examples for children to follow. This study will apply the Takmilah Theory which is the principle of the Constituent as a Insan Kamil to examine the reasonableness of the character in the child's work. The results of the discussion found that this novel has raised the principle of Insan Kamil as outlined by the Takmilah Theory. This novel is also capable of providing good education to child readers and is able to provide positive influence to children. Parents are encouraged to provide good reading materials to children to ensure that behavior and speech are maintained.

Published

2024-02-03