Ibu Tunggal dan Kemurungan: Tinjauan Awal Kajian-Kajian Terpilih di Nusantara [Single Motherhood and Depression: An Overview of Selected Studies from the Malay Archipelago]
Keywords:
ibu tunggal, kemurungan, kajian terpilih, Nusantara single mothers, depression, selected studies, Malay ArchipelagoAbstract
Kehidupan sebagai seorang ibu tunggal yang berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya tekanan ekonomi dan sosial bukanlah suatu perkara yang mudah. Berikutan itu, mereka mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan mental selain lebih berisiko untuk mengalami kemurungan yang kronik. Ketidaksejahteraan dari aspek kesihatan mental yang mempunyai pertalian dengan ketidakupayaan menguruskan emosi dengan baik berupaya menjejaskan peranan yang perlu dipikul oleh mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Justeru, penulisan ini bertujuan mengkaji isu ibu tunggal di Nusantara dengan menyorot beberapa kajian terpilih yang dijalankan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan menerusi kajian kepustakaan. Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu tunggal di Malaysia, Indonesia dan Singapura menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh mereka adalah masalah kewangan yang melibatkan keperluan utama seperti perbelanjaan makan, minum, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Penemuan kajian juga turut mendapati cabaran hidup yang ditempuhi oleh mereka berupaya menjejaskan kesejahteraan emosi dan psikologi sehingga ada yang mengalami kemurungan.
Life as a single mother is challenging as they face many challenges. As such, single mothers are three times more likely to develop mental health issues, in addition to being more at risk of suffering from chronic depression. Mental health issues are related to one’s ability to cope with their emotion and they could affect a person’s capacity to fulfil their role and sustain their life. Thus, this study aims to investigate the issue regarding single motherhood in the Malay Archipelago by reviewing several selected studies from Malaysia, Indonesia, and Singapore. The study employs a qualitative approach, and data is collected through a literary review. The data is analysed through both inductive and deductive methods. Findings from the study show that single mothers in Malaysia, Indonesia, and Singapore are faced with a myriad of challenges. Their main challenge is the financial issue, which involves basic needs such as food, housing, education, and health care. The study also found that these difficulties could affect their emotional and psychological wellness, to the point of depression.