Figura Retorika al-Ijaz dan al-Itnab: Analisis Surah al-Kahf

Authors

  • Ahmad Kamal Embong
  • Md Nor Abdullah

Keywords:

Figura, al-Ijaz, al-Itnab, Deskriptif, al-Kahf

Abstract

Al-ijaz dan al-itnab adalah antara gaya bahasa yang terdapat dalam al-Qur’an al-Karim. Gaya bahasa ini mempunyai nilai yang indah, istimewa dan tersendiri sejajar dengan kedudukannya sebagai kalam Allah SWT. Artikel ini bertujuan untuk menyingkap rahsia di sebalik kedua-dua gaya bahasa ini yang berfokus kepada surah al-Kahf. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Berdasarkan kaedah persampelan, artikel ini memilih 5 ayat dari surah al-Kahf sebagai sampel dalam mewakili setiap gaya bahasa yang dibahaskan. Kesemuanya dianalisis bertujuan menyerlahkan rahsia dan keindahan semantik di sebalik garapannya. Hasil kajian mendapati sampel yang dicerakin mengandungi semantik dan tujuan yang sangat istimewa sama ada secara tersirat mahu pun tersurat. Selain itu, ia juga berupaya memberi kesan mendalam terhadap jiwa dan sanubari manusia. Implikasi kajian ini dapat menyinari dan menyemarakkan medan perbahasan balaghat al-Qur’an secara lebih unik di mana kepelbagaian serta keindahan kalimah al-Qur’an dan susun-aturnya yang membentuk gaya bahasa yang amat hebat dapat diserlahkan. Hal ini telah terbukti sehingga menjadikannya sejuzuk daripada dimensi icjaz al-Qur’an yang komprehensif dan dinamik.

Published

2019-05-07