Viral Video, Da'wa Influencer Analisis Kriteria Newsworthiness Pada Video Tular Instagram Oleh Influencer Dakwah [Analysis Critera of Newsworthiness on Viral Video Instagram by Da’wa Influencer]

Authors

  • Muna Hajar Roslan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Faisal Ashaari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Zulkifli Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Intan Anis Suraya Hussen Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Kriteria, Newsworthiness, Tular, Personal Branding, Influencer Dakwah

Abstract

Influencer Dakwah menjadikan Instagram(IG)sebagai antara platform penting untuk personal branding dan menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Penulisan berita yang berkesan untuk menarik perhatian pembaca adalah dengan menepati kriteria nilai berita (newsworthiness). Walaupun video yang dikemaskini oleh Influencer Dakwah dikatakan agak konsisten di Instagram, namun video yang dihasilkan masih kurang mendapat sambutan dan menepati minat netizen kerana tidak aplikasikan kriteria newsworthiness. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur pengaplikasian kriteria newsworthiness pada video tular oleh Influencer Dakwah di Instagram. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur pengaplikasian kriteria newsworthines pada video tular oleh Influencer Dakwah di Instagram. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menganalisis kandungan25 buah video yang tular di Instagram oleh 5 Influencer Dakwah berdasarkan Teori Nilai Berita oleh Harcup dan O’Neill. Dapatan kajian ini menemui bahawa terdapat lima kriteria utama yang banyak diaplikasikan oleh Influencer Dakwah pada video tular di Instagram iaitu kepentingan manusia(human interest) yang paling tinggi sebanyak 25 kali yang mana terdapat pada semua video yang dianalisis, diikuti dengan impak (impact) sebanyak 22 kali, seterusnya proksimiti (proximity)iaitu sebanyak 17 kali dan konflik (conflict) sebanyak 15 kali serta yang kriteria newsworthiness paling kurang digunakan ialah kekinian (timeliness) iaitu hanya 14 kali sahaja. Kajian ini boleh dijadikan panduan buat para pendakwah dalam menghasilkan video yang berkualiti dengan menepati empat kriteria newsworthiness bagi memastikan video yang dihasilkan lebih efektif selain dapat memberikan peningkatan kesedaran kepada masyarakat tentang bagaimana media sosial berfungsi dalam menyebarkan dakwah serta pemahaman kepada para pendakwah bahawa masjid bukan satu-satunya cara yang kita boleh mengembangkan dan menambah ilmu agama pada abad ke-21 ini.

Da’wa Influencer has made Instagram (IG) as the main platform for them to make personal branding and disseminate islamic-preaching messages to public. The effective news writing that able to attract reader’s attention is the one that fulfil all the newsworthiness criteria. Although the frequency of video updates from most of the Da’wa Influencer are quite consistent on Instagram, but still unable to reach a higher number of views and not fulfilling the public interest because of lacking of application of the newsworthiness criteria. Due to that issue. Hence,, this study aims to evaluate the application of newsworthiness criteria in viral videos shared by Da’wah Influencers on Instagram. This research is a qualitative-based research that implementing content analysis on 25 viral videos produced by 5 Da’wa Influencer on Intagram based on the Bednarek & Caple’s Discursive News Values Analysis Theory. Research findings reported that are five main criteria which frequently being applied by the Da’wa Influencer. Criteria with the highest frequency was the human interest with 25 times on all of viral video analyzed,, followed by impact(22 times) , proximity(17times), conflict (15 times) and the least one was the currency with only 14 times. This research can be set as reference by the Da’wa Influencer in producing a high impact quality videos which fulfilling all the five criteria of newsworthiness to ensure that their videos would be more effective instead of just spreading awareness to public on how the social media works in term of the dissemination of Islamic preaching also added new understandings to theDa’wa Influencer that mosque is not the only way for us in developing and widening the Islamic knowledge in this 21st century.

Published

2024-03-13