Analisis Keperluan Pembangunan Modul Infografik Fleksi al-Quran [Needs Analysis for Design and Development of Infographics in al-Quran Inflection]

Authors

  • Khadijah Yusop UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
  • Mohd Fauzi Abdul Hamid UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
  • Mohd Firdaus Yahaya UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Keywords:

Analisis keperluan; modul infografik; fleksi Arab; aplikasi teknologi

Abstract

Mutu dan kualiti suatu pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan multimedia seperti infografik. Penggunaan infografik menjadikan pembelajaran lebih menarik di samping dapat menambahkan minat dan kefahaman pelajar terhadap ilmu yang dipelajari, termasuklah ilmu fleksi bahasa Arab. Fleksi bahasa Arab merupakan cabang ilmu yang mesti dikuasai dengan baik dalam usaha untuk memahami makna perkataan Arab, termasuklah perkataan dalam ayat al-Quran. Namun demikian, masih ramai pelajar yang tidak tahu tentang ilmu i‘rab serta kurang mahir untuk menyatakan i‘rab perkataan Arab. Sehubungan itu, kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar berkaitan keperluan untuk mereka bentuk dan membangunkan modul infografik fleksi al-Quran. Pelaksanaan kajian ini didasari oleh pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan serta beberapa teori dan model seperti Model Pembinaan Modul Sidek (2001), Infographic Design Model (2015) dan Teori Konstruktivisme. Terdapat dua fasa utama yang dijalankan oleh pengkaji, iaitu fasa analisis keperluan dan fasa reka bentuk dan pembangunan. Fasa analisis keperluan bertujuan untuk mengenal pasti keperluan bagi membina modul yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibina berdasarkan beberapa aspek iaitu penggunaan bahan pembelajaran, isu-isu permasalahan dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab, kecenderungan menggunakan inovasi, keperluan penggunaan infografik dan reka bentuk modul. Soal selidik tersebut diedarkan kepada 148 orang pelajar ISM Pengajian Bahasa Arab yang telah mengambil kursus Kajian Teks Sintaksis Ibn Aqil dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 29 untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan purata bagi kedua-duanya. Dapatan kajian kuantitatif yang dijalankan ini menunjukkan keperluan untuk membangunkan modul infografik fleksi al-Quran adalah tinggi berdasarkan pandangan pelajar yang telah mengambil kursus tersebut. Penghasilan inovasi seperti modul infografik sangat diperlukan untuk menambahkan kefahaman dan minat pelajar untuk mempelajari ilmu fleksi Arab.

Multimedia such as infographics can improve the quality of learning by increasing students' interest and understanding of the knowledge learned, including Arabic language inflection knowledge. Arabic inflection is a crucial branch of knowledge required to comprehend the meaning of Arabic words, including words in verses of the Qur'an. However, many students lack knowledge of this subject and struggle to determine the inflection of Arabic words. Therefore, a need analysis study was conducted to obtain students' views on the need to design and develop an al-Quran inflection infographic module. The study was based on the Design and Development Study approach, as well as several theories and models such as the Sidek Module Development Model (2001), Infographic Design Model (2015), and Constructivism Theory. The researcher carried out two main phases: the needs analysis phase and the design and development phase. The needs analysis phase aimed to identify the need to build a module by using a questionnaire as a research instrument. The questionnaire assessed aspects such as the use of learning materials, issues and problems in Arabic language inflection learning, the tendency to use innovation, the need to use infographics, and the module design. The questionnaire was distributed to 148 Bachelor of Arabic Studies students who had taken Ibn Aqil's Syntax Text Study course. The data obtained was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 29 software to obtain the mean value, standard deviation, and average for both. The findings of the quantitative study show that the need to develop an infographic module on al-Quran inflection is high based on the views of students who have taken the course. Innovations such as infographic modules are necessary to increase students' understanding and interest in learning Arabic inflection.

Published

2024-01-27