Ibn Khaldun dan Falsafah Sejarah Islam [Ibn Khaldun and the Muslim Philosophy of History]

Authors

  • Azmul Fahimi Kamaruzaman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nabeela Akrasha Surtahman Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Falsafah sejarah Islam, Ibn Khaldun, úmran Muslim philosophy of history

Abstract

Penulisan sejarah Islam sering disinonimkan dengan penceritaan dan naratif sesebuah peristiwa. Kemunculan Ibn Khaldun pada abad ke-14 telah mengalihkan pandangan sejarah daripada pengnaratifan kepada penelitian saintifik yang memerlukan analisis mendalam terhadap masyarakat dan negara yang boleh ditafsirkan sebagai disiplin falsafah sejarah Islam. Artikel ini bertujuan membincang biografi Ibn Khaldun dan memerihalkan gagasan falsafah sejarahnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data daripada bahan dan sumber ilmiah yang relevan. Dapatan menunjukkan Ibn Khaldun menggagaskan úmran yang berupaya mengungkapkan fenomena kemanusiaan, sosial dan tamadun manusia. Melalui konsep ‘umran, Ibn Khaldun menganalisis prinsip sejarah daripada pola perubahan masyarakat dari masyarakat badawi, hadhari dan daulah, seterusnya mempersembahkan ideanya kitaran úmran yang melalui lima tahap iaitu kelahiran, kekukuhan. kesenangan, kestatikan dan kemerosotan. Penelitian Ibn Khaldun di dalam ‘umran membuahkan penganalisisan faktor-faktor perkembangan dan kejatuhan tamadun.

The writing of Islamic history is often synonymous with the narration of an event. The emergence of Ibn Khaldun in the 14th century has shifted the view of historiy from narration to scientific research that requires an in-depth analysis of society which can be interpreted as the Islamic philosophy of history. This article aims to discuss the biography of Ibn Khaldun and to describe his philosophical ideas of history. This study uses qualitative methods as a method of data collection and data analysis from relevant scientific materials and sources. Findings show that Ibn Khaldun proposes the idea of ‘umran which can express humanitarian, social and human civilization phenomena. Through the concept of 'umran, Ibn Khaldun analyzed the pattern of societal change from the Bedouin, Hadhari and Daulah societies, and then presented his idea of the 'umran cycle which goes through five stages, namely birth, solidity. luxury, static and decline. Ibn Khaldun's research in 'umran resulted in the analysis of the factors of the development and fall of civilization.

Published

2023-09-30