Penyejajaran Strategik Maqasid Syariah Untuk Pembangunan Industri Lembu dan Produk Daging Halal: Kajian Kebolehlaksanaan di Negara Brunei Darussalam

[The Maqasid Syariah Strategic Alignment for Cattle Industry and Halal Meat Products Development: A Feasibility Study in Brunei]

Authors

  • Norkhairiah Hashim Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Zeiad Amjad Abdul Razak Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Nurdeng Deuraseh Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Abdulrahman Haqqi Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Raihana Mohd Raffi Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Noorhizrah Mohamed Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Keywords:

Maqasid Syariah, Pengurusan Strategik, Kebolehlaksanaan, Pembangunan, Industri Ternakan Maqasid Shariah, Strategic Management, Feasibility, Development, Livestock Industry

Abstract

Maqasid Syariah adalah merupakan konsep penting dalam hukum Islam yang menekankan pentingnya mencapai tujuan utama syariah, iaitu dalam menjaga dan meningkatkan kesejahteraan manusia, menjaga agama, jiwa, akal, harta benda, dan keturunan. Industri ternakan lembu dan produk daging halal pula adalah merupakan salah satu industri yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara manakala pembangunan industri ini pula perlu melihat kepada beberapa faktor yang memberi impak kepada manusia dan persekitaran. Namun, sejauh manakah industri ternakan lembu dan produk daging halal ini pembangunannya sejajar dengan matlamat Maqasid Syariah. Oleh yang demikian, kajian ini adalah merupakan kajian awalan untuk meninjau keperluan dan kebolehlaksanaan penyejajaran Strategik Maqasid Syariah Untuk Pembangunan Industri Lembu dan Daging Halal di Negara Brunei Darussalam. Pensejajaran strategik maqasid syariah bagi pembangunan industri ternakan dan produk daging halal adalah merupakan proses jangka panjang yang memerlukan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan. Walau bagaimanapun, hasil penyesuaian strategik ini dijangka akan dapat memberi manfaat kepada industri lembu dan daging halal khasnya dalam hal pertumbuhan ekonomi, peningkatan pengeluaran ternak yang berterusan, dan peningkatan kesejahteraan haiwan dan juga pengguna. Di samping itu, penyesuaian strategik ini akan membantu memastikan bahawa industri ini mematuhi prinsip-prinsip dan undang-undang Islam. Selain daripada itu juga, pensejajaran strategik maqasid syariah dengan pembangunan industri lembu dan produk daging halal juga adalah dilihat sangat penting bagi memastikan bahawa industri ini dikendalikan secara berterusan dan beretika. Ini akan melibatkan komitmen kepada prinsip-prinsip undang-undang Islam dan pelaksanaan dasar yang berkesan untuk memastikan kesejahteraan haiwan dan alam sekitar.

Maqasid Shariah is an important concept in Islamic law that emphasizes the importance of achieving the main goal of Shariah, which is to protect and improve human well-being, protect religion, soul, intellect, property, and descendants. The cattle breeding and halal meat products industry is one of the industries that can contribute to the country's economic growth, while the development of this industry needs to look at several factors that have an impact on humans and the environment. However, to what extent is the development of the cattle breeding and halal meat products industry in line with the goals of Maqasid Syariah. As such, this study is a preliminary study to review the need and feasibility of aligning the Strategic Objectives of Sharia for the Development of the Beef and Halal Meat Industry in Brunei Darussalam. The strategic alignment of sharia objectives for the development of the livestock industry and halal meat products is a long-term process that requires commitment from all stakeholders. However, the result of this strategic adjustment is expected to benefit the cattle and halal meat industry especially in terms of economic growth, continuous increase in livestock production, and improvement in the welfare of animals and consumers. In addition, this strategic adjustment will help ensure that the industry complies with Islamic principles and laws. Apart from that, the strategic alignment of maqasid sharia with the development of the beef industry and halal meat products is also seen as very important to ensure that this industry is operated continuously and ethically. This will involve a commitment to the principles of Islamic law and the implementation of effective policies to ensure the welfare of animals and the environment.

Published

2023-09-30