Integrasi di Antara Naqli dan Aqli dalam Memahami Nusus Mutasyabihat: Garapan Harmoni Berteraskan Konsep Wasatiyyah [Integration Between Naqli and Aqli in Understanding The texts of Mutasyabihat: Harmony Practice Based on The Concept of Wasatiyyah]

Authors

  • Mohd Sobri Ellias Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan (UiTM)
  • Mohd Haidhar Kamarzaman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Ariff Mohd Rajoli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Integration, Naqli, Aqli, Nusus Mutasyabihat, harmony

Abstract

Pentafsiran terhadap nas-nas al-Quran dan al-hadith serta pemahaman terhadap keduanya mestilah merujuk kepada garapan yang telah dibuat oleh para ulama yang muktabar. Hal ini dilihat sangat signifikan demi memastikan bahawa pemahaman yang terpancar daripada nas-nas tersebut selari dengan pembawaan Nabi Muhammad dalam konteks akidah dan pegangan. Justeru, di antara asas yang mendasari metode para ulama yang muktabar dalam memahami nusus mutasyabihat adalah integrasi di antara naqli dan aqli yang sangat harmoni. Ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi konsep wasatiyyah dalam kalangan para ulama muktabar khususnya dalam memahami nas mutasyabihat daripada al-Quran dan al-hadith. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji dan menganalisis paduan antara hujahan naqli dan aqli yang berlaku ketika para ulama mentafsirkan nusus mutasyabihat yang terdapat sama ada di dalam al-Quran mahupun al-hadith. Kajian ini adalah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis deskriptif terhadap teks-teks para ulama muktabar di bidang tafsir dan akidah berhubung nusus mutasyabihat. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan simbiotik yang sangat akrab antara hujahan naqli dan aqli oleh para ulama dalam memahami nusus mutasyabihat sekaligus menjadikan tafsiran terhadapnya dilihat lebih harmoni dan bertepatan dengan konsep kepercayaan dan keimanan yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

The interpretation of the texts of the Qur'an and the hadith as well as the understanding of both must refer to the work that has been done by the authoritative scholars. This is seen as very significant in order to ensure that the understanding emanating from the texts is in line with the conduct of the Prophet Muhammad in the context of belief and belief. Thus, among the principles that underlie the method of authoritative scholars in understanding the mutasyabihat nusus is a very harmonious integration between naqli and aqli. This indirectly highlights the concept of wasatiyyah among authoritative scholars, especially in understanding the text of mutasyabihat from the al-Qur'an and al-Hadith. Therefore, this study will examine and analyze the combination between naqli and aqli arguments that occur when scholars interpret the mutasyabihat text found in either the Quran or the hadith. This study is a bibliographic study that uses the descriptive analysis method of the texts of authoritative scholars in the field of interpretation and belief in relation to mutasyabihat texts. This study found that there is a very close symbiotic relationship between naqli and aqli arguments by the scholars in understanding the mutasyabihat nusus at the same time making the interpretation of it more harmonious and coinciding with the concept of belief and faith brought by the Prophet Muhammad.

Published

2024-01-05