Penentuan Kaedah Pengajaran yang Sesuai dalam Memenuhi Keperluan Kepelbagaian Pelajar [Choosing The Appropriate Teaching Method to Meet The Needs of Diverse Students]

Authors

  • Mohamad Aliff Rahimi Mohd Yusoff Universiti Sultan Zainal Abidin
  • W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Wan Noor Izham Ashraf Wan Azhar Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nazifa Munirah Sisi Omar Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Syahiera Faziada Zaizuki Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kaedah pengajaran, kualitatif, kuantitatif, penyelesaian masalah, pengajaran dan pembelajaran. Teaching methods, qualitative, quantitative, problem solving, teaching and learning.

Abstract

Kejayaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh cara atau kaedah yang diguna pakai oleh guru untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan berkesan. Hal ini dapat dinilai melalui penilaian yang dijalankan terhadap murid seperti ujian formatif dan sumatif. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai dalam kepelbagaian pelajar mengikut pengalaman guru serta berdasarkan keputusan penilaian yang lepas. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif (kaedah campuran). Seramai 30 orang murid dan 30 orang guru yang terlibat sebagai responden kajian. Seramai 20 orang guru terlibat dalam proses temubual dan pemerhatian yang dijalankan. Instrumen yang terlibat pula ialah borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran yang paling berkesan ialah kaedah penyelesaian masalah dan diikuti oleh kaedah perbincangan. Majoriti responden iaitu guru menjadikan dua kaedah ini sebagai pilihan utama mereka untuk menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana dilihat memberikan impak yang baik berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dilakukan. Manakala kaedah lawatan dan kaedah bermain tidak menjadi pilihan guru. Ini bermaksud kaedah ini kurang memberikan kesan terhadap proses pembelajaran murid. Oleh itu, kaedah pengajaran yang sesuai dilihat sangat penting dalam usaha guru untuk menyampaikan isi pembelajaran kerana tanpa kaedah yang tepat sudah tentu matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai. Kesimpulannya, guru perlulah peka terhadap keadaan pelajar mereka terutama dari segi gaya pembelajaran kerana guru perlu memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut keupayaan murid untuk belajar

The success of a teaching and learning process is determined by the teacher's method to deliver the learning content effectively. This can be evaluated through the evaluation conducted on students, such as formative and summative tests. This study aims to determine the appropriate teaching methods for the diversity of students according to the teacher's experience and based on the results of past evaluations. This study involves quantitative and qualitative methods (mixed methods). A total of 30 students and 30 teachers were involved as respondents to the survey. A total of 20 teachers were involved in the interview and observation process. The instrument involved is a questionnaire. The study results found that the most effective teaching method is the problem-solving method, followed by the discussion method. The majority of respondents, namely teachers, make these two methods their primary choice for conducting Teaching and Learning (PdP) sessions because they are seen to have a good impact based on observations and evaluations. At the same time, the method of visiting and playing is not the teacher's choice. It means this method has less impact on the student's learning process. Therefore, the appropriate teaching method is seen as very important in the teacher's efforts to convey the learning content because the learning goal cannot be achieved without the right approach. In conclusion, teachers need to be sensitive to the condition of their students, especially in terms of learning style, because teachers need to choose appropriate teaching methods according to the student's ability to learn.

Published

2023-03-30