Peranan Modul Hafazan Berwarna di Dalam Pembelajaran Kanak-kanak [The Role of Colour Coded Module for Quran Memorization among Children]

Authors

  • Mohd Zaid Ismail Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Saipolbarin Ramli Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Nor Adli Osman Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Institusi, tahfiz, kanak-kanak institution, tahfiz, children

Abstract

Institusi tahfiz adalah sebuah institusi yang dibina bagi menerapkan minat masyarakat kepada hafazan al-Quran. Tidak dapat dinafikan terdapat pelajar di dalam sebahagian institusi berkenaan seawal umur 5 tahun dan kaedah hafazan yang dipraktikkan pada usia sebegini adalah seperti mana kaedah pelajar dewasa. Justeru, bagi memastikan kualiti hafazan kanak-kanak sentiasa berkesan maka pendekatan yang perlu digunakan oleh para guru di institusi tahfiz tersebut perlulah sesuai dengan usia mereka. Maka kajian yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk meninjau kaedah yang berkesan untuk usia kanak-kanak. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif berbentuk menganalisis dokumen yang berkaitan. Hasil daripada kajian yang dihasilkan ini, melihat melalui kaedah warna yang diterapkan oleh para guru tahfiz kepada kanak-kanak ianya secara tidak langsung menjadi kaedah yang berkesan dalam meningkatkan penghafalan al-Quran kepada kanak-kanak. Justeru, tumpuan dan fokus kanak-kanak pada penghafalan al-Quran melalui kaedah ini adalah tinggi walaupun dipengaruhi suasana yang bising di sekeliling.

Tahfiz institutions are built with the intention to raise society’s interest to Al-Quran memorization. In reality, children as young as the age of 5 started memorizing Al- Quran and often, the methods applied for this children are similar to the adult learners. Hence, to ensure effective quality of Quran memorization among children,, suitable techniques and approaches according to the level of the learners should be taken into considerations. Therefore, this study aims to look at the most suitable Quran memorization methods that can be applied to children. This study applies qualitative analysis of related documents. The findings show that the application of colour coding methods to children has indirectly helped the young learners memorized Al-Quran in a more effective way. Thus, by applying this method, young learners are able to pay more attention and focus on the memorization despite the external distractions such as noise.

Published

2023-03-30