Filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ menurut Perspektif Tasawuf [The Film 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ from the Sufism Perspective]

Authors

  • Fathin Najwa Md Shukri Universiti Malaya
  • Mohd Syukri Zainal Abidin Universiti Malaya

Keywords:

Filem, Mat Kilau, Pahlawan, Tasawuf, Dialog. Film, Mat Kilau, Hero, Sufism, Dialogue.

Abstract

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah menjadi satu fenomena pada tahun 2022 apabila berjaya mendapat hasil kutipan melebihi 97 juta, bahkan ditayangkan di Singapura, Brunei dan Indonesia. Walau bagaimanapun, jika diteliti serta diperhalusi filem ini mengetengahkan pelbagai elemen keagamaan terutamanya aspek kerohanian atau tasawuf. Oleh yang demikian, artikel ini mengetengahkan praktik tasawuf yang dibawakan dalam filem Mat Kilau. Artikel ini menggunakan metode penelitian terhadap kandungan filem dengan melihat setiap adegan dan dialog dipaparkan yang mana mengandungi tema tasawuf. Hasil tinjauan mendapati bahawa filem yang dipilih ini sememangnya sarat dengan unsur kerohanian Islam yang merujuk kepada disiplin ilmu tasawuf. Perkara ini dapat dibuktikan dengan jelas daripada babak lakonan yang dipamerkan serta dialog yang diucapkan dalam filem tersebut. Penulisan ini dijangkakan dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang amalan tasawuf yang diserapkan dalam filem Mat Kilau. Ini secara tidak langsung menjadikan para penonton dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan melalui penceritaan filem tersebut di samping mempengaruhi dalam mencorakkan tingkah laku untuk menjadi seorang pahlawan buat diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

The film Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan has become a phenomenon in 2022 when it managed to earn more than 97 million and was even shown in Singapore, Brunei and Indonesia. However, if scrutinized and refined, this film highlights various religious elements, especially the spiritual aspect or sufism. Therefore, this article highlights the practice of sufism presented in the film Mat Kilau. This article uses a research method on the content of the film by looking at each scene and dialogue displayed which contains the theme of sufism. The results of the observation found that the selected film is indeed loaded with Islamic spiritual elements that refer to the discipline of sufism. This can be proven from the acting scenes that are exhibited as well as the dialogues spoken in the film. This writing is expected to provide exposure to the community about the concept of sufism incorporated in the film Mat Kilau. This indirectly makes the audience able to appreciate the message that is wanted to be conveyed through the narration of the film in addition to influencing in patterning the behavior to be a hero for oneself, family, society, nation, country and religion

Published

2023-10-12