Pembinaan Indikator Pengukuran Religiositi dari Data Digital: Satu Penerokaan Baru [Development of Religiosity Measurement Indicators from Digital Data: A New Exploration]

Authors

  • Aliff Nawi Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Faiz Mohd Yaakob Universiti Utara Malaysia
  • Mat Rahimi Yusof Universiti Utara Malaysia
  • Wan Hilmi Wan Abdullah Universiti Utara Malaysia
  • Fatin Athirah Zameran Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Indikator, pengukuran, religiositi, akhlak, data, digital Indicators, measurement, religiosity, data, behavior, digital

Abstract

Abstrak: Manusia kini hidup disekelilingi oleh lambakan data. Bermula dari berkomunikasi, melakukan transaksi jual beli, memesan makanan, mendengar muzik, menonton video, hinggalah meluangkan masa lapang, kesemuanya telah dilakukan secara atas talian. Apabila sesuatu aktiviti dilakukan secara atas talian, data akan direkod dan meninggalkan kesan yang dapat dijejaki menerusi data digital. Data digital ialah kesan data yang ditinggalkan semasa menggunakan internet. Ini termasuklah laman web yang dikunjungi, aplikasi telefon pintar yang digunakan, maklumat seperti teks, gambar atau video yang dipaparkan dan informasi yang dihantar ke mana-mana perkhidmatan secara atas talian. Oleh yang demikian, data digital ini berpotensi untuk dimanfaatkan dalam membangunkan satu alat ukur seperti penggunaan soal selidik dalam kajian sains sosial. Penulisan artikel ini cuba meneroka potensi baru pembinaan indikator pengukuran religiositi dari data digital. Cabaran pembinaan indikator pengukuran religiositi dengan bersumberkan data digital turut diulas dengan lebih terperinci bagi membentuk prospek kajian kontemporari. Cadangan untuk menjayakan dua unsur gabungan indikator religiositi dan data digital turut diutarakan memandangkan kehidupan manusia kini dibanjiri dan disekelilingi oleh pelbagai data digital.

Published

2023-09-20