Sorotan Literatur Punca Perceraian Awal Perkahwinan di Malaysia [Literature Review’s on the Causes of Early Marriage Divorce in Malaysia]
Keywords:
Perceraian awal perkahwinan, punca, faktor perceraian, Malaysia. Early marriage divorce, causes, factors of divorceAbstract
Semua pasangan yang berkahwin inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Jika diberi pilihan, sudah pasti tidak ada yang mahukan sebarang konflik dan masalah dalam hidup berkeluarga. Namun apakan daya sudah menjadi lumrah kehidupan berumahtangga yang sentiasa ada pasang surutnya. Begitulah fenomena yang terjadi dikalangan pasangan yang berada pada fasa awal perkahwinan. Belum pun mencecah lima tahun tempoh perkahwinan sudah wujud pelbagai konflik dalam rumah tangga. Memang konflik itu perkara biasa dalam kehidupan, cuma kegagalan mereka menanganinya yang menjadi persoalan. Kerana konflik yang wujud itu berpunca dari isu-isu picisan sahaja. Mereka tidak dapat menanggapinya dengan baik sehingga membawa kepada perceraian. Kajian ini bertujuan menganalisis sorotan literatur berkenaan punca yang menyumbang kepada perceraian pada fasa awal perkahwinan. Apakah punca-punca utama yang menyebabkan rumahtangga mereka goyang dan roboh dalam masa yang singkat. Metodologi yang diguna pakai dalam konteks pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen terhadap bahan-bahan literatur. Penganalisisan data dilakukan secara deskriptif dan dipersembahkan secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan punca perceraian awal perkahwinan ini kerana isu kegagalan melunaskan nafkah, masalah komunikasi seharian, masalah kewangan, campur tangan pihak ketiga dan juga berpunca dari sebab-sebab yang remeh temeh dan melucukan. Implikasi hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh agensi yang menguruskan hal ehwal perkahwinan dan pembangunan keluarga di negara ini. Pendekatan dan inisiatif baharu perlu dirangka untuk membendung isu perceraian awal perkahwinan ini, demi kelangsungan hidup berkeluarga, keharmonian masyarakat dan mewujudkan negara yang sejahtera.
Every married couple desires a happy and harmonious household. Given the choice, no one would want any conflicts or issues in their family life. However, it is a natural occurrence in married life to experience ups and downs. Such is the phenomenon that happens among couples during the early phase of marriage. Even before reaching five years of marriage, various conflicts already exist within the household. Indeed, conflicts are a common occurrence in life; it is only their mishandling that becomes an issue. These conflicts often stem from trivial issues, and they cannot be dealt with effectively, leading to divorce. This study aims to analyze the literature on the causes contributing to early marriage dissolution. The main factors that cause these households to falter and collapse in a short period are investigated. The data collection methodology used in this context involves document analysis of relevant literature materials. Data analysis is conducted descriptively and presented thematically. The study findings indicate that the main causes of early marriage dissolution are failure to provide financial support, daily communication problems, financial issues, third-party interference, as well as trivial and laughable reasons. The implications of these research findings are expected to be beneficial for agencies responsible for managing marriage and family development in the country. New approaches and initiatives need to be formulated to curb the issue of early marriage dissolution, for the sake of family continuity, societal harmony, and the creation of a prosperous nation.