Faktor Keganasan Rumahtangga di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur [Factors of Domestic Violence in Malaysia: A Literature Review]

Authors

  • Nik Amni Sajidah Nik Lukman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Haziyah Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Domestic violence, factor, spouse, financial, attitude.

Abstract

Keganasan rumahtangga yang berlaku antara pasangan sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas penceraian merupakan fenomena sosial yang masih berterusan sehingga hari ini. Lazimnya perkara ini dilakukan suami ke atas isteri namun terdapat juga kes isteri yang melakukan keganasan terhadap suami. Pelaku keganasan lazimnya ingin meraih kuasa dan mengawal atau melepaskan amarahnya terhadap pasangan. Keganasan rumahtangga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fizikal, verbal, seksual, sosial dan kewangan. Isu ini menyebabkan ramai penyelidik melakukan kajian tentang keganasan rumahtangga. Namun, tidak banyak kajian yang mengkaji tentang faktor keganasan rumahtangga secara mendalam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka kajian-kajian lepas tentang faktor keganasan rumahtangga. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap artikel yang diperoleh daripada pangkalan data Google Scholar. Hasil kajian mendapati tema bagi faktor keganasan rumahtangga ialah diri, pasangan, budaya dan persekitaran. Faktor utama keganasan rumahtangga ialah masalah kewangan, penggunaan bahan terlarang, sikap pelaku, masalah cemburu dan kurang pengetahuan agama. Kajian ini dapat membantu masyarakat mengenal pasti faktor utama keganasan rumahtangga berdasarkan dapatan kajian terdahulu. Dari situ, pelan tindakan untuk menangani masalah keganasan rumahtangga dapat dijalankan dengan efektif.

Domestic violence between couples, whether during marriage or after divorce, is a social issue that persists to this day. This phenomena usually done by the husband against the wife, however there have been occasions where the wife has committed violence against her husband too. Abusers usually try to obtain power and control over their spouse or to vent their rage. Domestic violence may occur in various forms, including physical, verbal, sexual, social, and financial abuse. Many researchers were interested in domestic violence as a result of this issue. However, few research have looked into the causes of domestic violence in depth. As a result, the purpose of this study is to analyse prior studies on the causes of domestic violence. This is a qualitative study that employs a content analysis approach on papers retrieved from Google Scholar. The research revealed that themes for domestic violence factors are individual, partner, culture, and environment. Domestic violence is mainly brought on by financial problems, the use of prohibited substances, the attitude of perpetrators, enviousness issues, and a lack of religious understanding. Based on prior studies, this study can assist the community in identifying the primary causes of domestic violence. From there, an action plan to address the problem of domestic violence can be implemented efficiently.

Published

2023-09-10