Manuskrip MS 666 Karya Shaykh Daud al-Fatani: Satu Refleksi Awal
Keywords:
Manuskrip, MS 666, Shaykh Daud al-Fatani, Martabat Tujuh, Wahdat al-WujudAbstract
Makalah ini akan memperkenalkan salah satu karya tasawuf karangan Shaykh Daud al-Fatani yang membahaskan mengenai tasawuf peringkat muntahi (peringkat tertinggi) dan masih berbentuk manuskrip bertulisan tangan. Tujuan makalah ini adalah untuk mendedahkan kewujudan sebuah manuskrip nadir karya Shaykh Daud al-Fatani yang jarang dibincangkan kepada umum. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan merujuk manuskrip MS 666 koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia karya Shaykh Daud al-Fatani. Secara umumnya, kandungan manuskrip tersebut membicarakan mengenai fana, tiga martabat ketuhanan di dalam Martabat Tujuh, martabat tauhid dan jawapan pengarang terhadap beberapa isu dan pertanyaan berkaitan tasawuf dan makrifah. Makalah ini mendapati bahawa manuskrip ini mencerminkan suasana pemikiran dan perbincangan tasawuf peringkat muntahi yang berkembang dan tersebar secara meluas yang ditulis sekitar abad ke-19 oleh para ulama alam melayu nusantara.