Sumbangan al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi Terhadap Perkembangan Linguistik Arab [Contributions of al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi Toward The Development of Arabic Linguistics]

Authors

  • Amin Al-Hadi Ab Hadi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Firuz-Akhtar Lubis Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Sumbangan, al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, linguistik Arab

Abstract

Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi merupakan seorang cendekiawan Arab yang terkemuka pada abad ke-8 Masihi. Beliau telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menerajui bidang linguistik Arab. Kajian ini mewacanakan sumbangan al-Farahidi dalam tiga cabang disiplin ilmu dalam linguistik Arab, iaitu ilmu nahu, leksikografi dan fonetik Arab, serta membincangkan impaknya terhadap perkembangan bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah tinjauan literatur bagi mengumpul maklumat mengenai sumbangan al-Khalil dalam bidang linguistik Arab daripada kajian-kajian lepas yang relevan. Kajian ini memberikan sekilas pandangan terhadap sumbangan al-Khalil yang tidak ternilai kepada linguistik Arab, serta merupakan sebuah pengiktirafan terhadap kesarjanaan beliau yang luar biasa sebagai seorang cendekiawan Arab dan Islam yang tersohor sepanjang zaman. Kajian ini juga diharap dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang sumbangan al-Khalil dalam linguistik Arab terutamanya kepada para pelajar dan mereka yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai tokoh-tokoh ulama’ yang agung dalam sejarah ketamadunan Arab dan Islam.

Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi was an eminent Arab scholar during the Golden Age of Islam in the 8th century AD, who played a crucial part in developing Arabic linguistics. This study discusses al-Farahidi’s contributions in Arabic grammar, lexicography and phonetics, as well as the impact of his contributions on the development of the Arabic language. This qualitative study gathers information on al-Khalil’s contribution by carrying out a literature review on relevant past studies. This study provides an insight towards al-Khalil’s invaluable contributions to Arabic linguistics, as well as a recognition of his extraordinary scholarship and erudition as a renowned Arab and Islamic scholar throughout the ages. This study will hopefully help students and those interested in learning more on eminent scholars in the history of Arabic dan Islamic civilizations understand the vital contributions of al-Khalil in the field of Arabic linguistics.

Published

2023-09-10