Faktor Dorongan dan Proses Penerbitan Terjemahan Kitab al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘If ke Bahasa Melayu

Authors

  • Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

Keywords:

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, terjemahan, penerbitan, ‘Ulum al-Hadith

Abstract

Antara usaha bagi memastikan sesuatu cabang ilmu itu berkembang adalah dengan menulis buku-buku rujukan sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama muktabar dalam bidang ilmu masing-masing. Begitu juga Islam dan ilmu-ilmunya berkembang di Alam Melayu, iaitu melalui penulisan para ulama dalam semua cabang bidang keilmuan Islam termasuk melalui aktiviti penterjemahan dan saduran (adaptasi). Karya-karya dalam bidang ‘aqidah, fiqh dan tasawuf begitu mendominasi di Alam Melayu namun ketinggalan dalam bidang hadith dan cabang-cabang ilmunya sama ada karya asli, terjemahan atau saduran. Namun telah wujud usaha bagi mengangkat wacana dalam bidang hadith dan disiplinnya yang melibatkan wacana yang begitu luas oleh tokoh-tokoh tempatan melalui ceramah-ceramah dan kuliah talaqqi secara konsisten selain seminar-seminar akademik serta kajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan doktor falsafah. Selain daripada itu aktiviti menterjemahkan karya-karya turath yang mengangkat wacana kepentingan bagi mengetahui status sesuatu hadith sama ada Sahih, Da‘if atau Mawdu‘ berjaya menarik minat beberapa penerbitan swasta bagi melaburkan modal bagi membiayai penerbitan semula karya-karya ulama klasik Islam berkaitan topik tersebut. Antaranya Kemilau Publika Sdn. Bhd. menerbitkan karya oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) berjudul al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if. Penulisan ini mengkaji apakah faktor yang mendorong penerbitan naskah ini oleh penerbit dan bagaimana proses tersebut dilakukan sehingga ia siap diterbitkan.

Published

2019-05-06