Tinjauan Literatur Penterjemahan Karya Sastera Arab dan Melayu
Keywords:
Penterjemahan, Karya Sastera, bahasa Arab, bahasa Melayu, Tinjauan literaturAbstract
Penterjemahan karya sastera menjadi lesu dan kurang diberi perhatian oleh para penterjemah kerana dianggap begitu sukar dan rumit. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tema kajian lepas berkaitan bidang penterjemahan karya sastera Arab dan Melayu, di samping meneliti isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk tinjauan literatur. Pemerolehan data dilakukan secara analisis kandungan yang terdiri daripada tesis, disertasi, buku, artikel jurnal, kertas kerja, seminar dan makalah dalam prosiding. Data-data ini pula dianalisis secara tematik dan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat sebanyak 34 kajian berkaitan penterjemahan karya sastera Arab Melayu. Antara tema yang dikaji ialah dari sudut sejarah terjemahan di Timur Tengah, sejarah terjemahan di Barat, terjemahan dilakukan tanpa terikat, menolak terjemahan tiruan, teori dinamik, persamaan budaya, transposisi budaya, penterjemahan Arab-Melayu, sejarah penterjemahan sastera, kronologi al-Qur’an, biobliografi, masalah analisis teks Melayu lama, masalah etnografi dan sosiolinguistik, kolokasi Arab, sistem panggilan, prosisi Arab, pragmatik, sumbangan Nahmar Jamil, kata kerja, peribahasa, implisit dan eksplisit, prosedur peminjaman dan elemen sosiobudaya. Justeru, kajian ini mencadangkan bidang penterjemahan Melayu-Arab dijadikan korpus kajian yang memfokuskan isu masalah, pendekatan atau strategi yang boleh digunakan dalam penterjemahan karya sastera Melayu, terutama puisi dan sajak kepada bahasa Arab.