Kajian Literatur: Hubungkait Penguasaan Tatabahasa Arab dan Kemahiran Menulis [Literature Review: The Correlation between The Mastery of Arabic Grammar and Writing skills]

Authors

  • Muhammad Irfan Mhd Rusdi Universiti Teknologi MARA
  • Ibrahim Abdullah Universiti Teknologi MARA
  • Fariz Azzuan Amat Suparia Universiti Teknologi MARA
  • Muhammad Syaffiq Mohammed Raffi Universiti Teknologi MARA
  • Farhana Ghazuddin Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak

Keywords:

tatabahasa, kemahiran menulis, bahasa arab sebagai bahasa asing grammar, writing skills, arabic as a foreign language

Abstract

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang mendapat tempat dalam kalangan pelajar di Malaysia. Banyak kursus bahasa Arab ditawarkan di universiti-universiti yang memfokuskan kepada pelbagai bidang Bahasa Arab. Tatabahasa Arab merupakan salah satu cabang ilmu bahasa Arab dalam bidang linguistik. Namun begitu, pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami dan mempraktikkan tatabahasa Arab dengan betul. Penguasaan tatabahasa pelajar sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Banyak kajian mengaitkan penguasaan Bahasa Arab dengan kemahiran-kemahiran Bahasa bagi mengenal pasti keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa ini dengan sangat baik. Oleh itu, kajian ini membincangkan sorotan literatur mengenai penguasaan tatabahasa Arab dan kemahiran menulis dengan membuat rujukan daripada pelbagai sumber termasuk jurnal, artikel, tesis dan buku. Hasil kajian mendapati pengetahuan tatabahasa Arab dan kemahiran menulis berkait rapat dan terdapat korelasi positif bagi kedua-duanya. Kajian ini juga menawarkan beberapa cadangan dan saranan untuk kajian akan datang.

Arabic is one of the foreign languages gaining popularity among Malaysian students. Many Arabic language courses focusing on various areas of the Arabic language are offered in universities. Arabic grammar is one of the Arabic language's branches within linguistics. However, students have difficulty understanding and applying correct Arabic grammar. The mastering of grammar by students is crucial for teaching and learning Arabic. Multiple studies associate Arabic mastery with language skills in order to identify students' ability to grasp this language. Consequently, this study provides a literature review on the mastery of Arabic grammar and writing skills by citing a variety of journals, articles, theses, and books. According to the study's findings, mastery of Arabic grammar and writing skills are strongly associated and positively correlated. This study also provides recommendations and suggestions for future research.

Published

2023-07-11