Langkah Pengkomersialan Kraf Tangan Tradisional (Tekstil dan Seramik) Melalui Inovasi Produk di Malaysia: Suatu Kepentingan [Commercialising Traditional Crafts (Textiles and Ceramics) Through Product Innovation in Malaysia: An Imperative]
Keywords:
Pemeliharaan kraf tangan, Inovasi kraf tangan, Tekstil, Seramik, Kraf tangan Handicraft preservation, Handicraft innovation, Textile, Ceramics, HandicraftAbstract
Kraf tangan tradisional adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan yang diwariskan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini untuk dipelihara. Langkah memelihara warisan ini melibatkan pelbagai kaedah termasuklah melalui pengkomersialan. Pengkomersialan kraf tangan memerlukan ia sentiasa ditambahbaik agar kekal relevan di pasaran dan sentiasa mendapat permintaan. Oleh yang demikian, antara langkah yang diambil adalah dengan melaksanakan inovasi kepada produk kraf tangan tradisional di Malaysia. Maka, kajian ini dilaksanakan bagi menilai kepentingan inovasi kepada produk kraf tangan tradisional terutama dalam bidang tekstil dan seramik, iaitu songket, batik dan labu sayong. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temubual bersama dengan mereka yang terlibat dalam kraf tangan seperti pegawai dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Institut Kraf Negara (IKN), badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) dan beberapa orang pengusaha kraf tangan tersebut. Hasil kajian mendapati wujud kepentingan inovasi kepada kraf tangan tradisional iaitu seperti mengurangkan kos penghasilan produk, memudahkan pengendalian, menyingkatkan proses penghasilan, menyesuaikan dengan gaya hidup semasa, menghapuskan campur tangan orang tengah dan menarik minat belia untuk menyertai bidang kraf tangan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan untuk merancang dan melaksanakan lebih banyak dasar ke arah kemampanan kraf tangan tradisional di Malaysia.
Traditional crafts are part of the cultural heritage passed down from older generations to the present generation for preservation. The initiatives taken to preserve this heritage involve various methods, including commercialisation. Commercialising crafts requires constant upgrades to remain relevant in the market and always in demand. Therefore, one of the measures taken is through the innovation of traditional craft products in Malaysia. Thus, this study assesses the importance of innovation in traditional craft products, especially in textile and ceramic, such as songket, batik, and labu sayong. This study used a qualitative approach by interviews with individuals involved in crafts, such as officials from Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), the Institut Kraf Negara (IKN), non-governmental organisations (NGOs) like the Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) and several craft entrepreneurs. The study’s findings reveal that innovating traditional crafts is essential in reducing production costs, facilitating handling, streamlining the production process, adapting to contemporary lifestyles, eliminating intermediaries, and attracting youth interest to engage in the craft sector. This study is expected to assist the government in planning and conducting more research towards the sustainability of traditional crafts in Malaysia.