Analisis Keperluan Pembangunan Aplikasi Kosa Kata Arab Mufradati Pelajar UiTM [Analysis of Development Needs of Mufradati Arabic Vocabulary Application for UiTM Students]

Authors

  • Muhamad Khairul Anuar Zulkepli Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah
  • Burhanuddin Wahab Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah
  • Ahmad Fauzi Yahaya Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah
  • Mohd Zulkhairi Abd Hamid Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah
  • Norhayuza Mohamad Universiti Teknologi MARA

Keywords:

Pembangunan, aplikasi, kosa kata Arab, mufradati Development, application, arabic vocabulary, mufradati

Abstract

Teknologi pembelajaran ialah pembelajaran berkonsepkan teknologi dan ia semakin berkembang pada era modenisasi ini dan terus menular dalam dunia pembelajaran kosa kata khususnya bahasa Arab dengan variasi platform dan teknologi terkini seperti aplikasi, prototaip dan sebagainya. Penghasilan aplikasi berbentuk prototaip boleh mencetuskan motivasi dan minat dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Dalam usaha memupuk motivasi dan minat tersebut, para pendidik atau guru perlu mencetuskan idea dan sumbangan inovasi dalam menyediakan platform pembelajaran menepati cita rasa generasi masa kini yang berpaksikan teknologi. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis keperluan terhadap pembangunan satu aplikasi kosa kata bahasa Arab komunikasi bagi pelajar UiTM. Kajian ini kajian kuantitatif yang mengadaptasikan instrumen soal selidik sebagai sumber data primer. Terdapat tiga fasa pengumpulan data dilaksanakan yang melibatkan fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Sebanyak 144 orang responden terlibat dalam kajian ini dan mereka ialah pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab kod TAC401 (Introductory Arabic Part I). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 28 bagi mengukur tahap keperluan responden. Hasil analisis memperlihatkan satu interpretasi yang tinggi untuk membangunkan aplikasi sebagai sokongan dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab dan implikasi kajian ini memberikan sumbangan kepada bahan bantu pembelajaran sebagai platform baru pelajar UiTM mempelajari kosa kata bahasa Arab.

Learning technology is learning with the concept of technology, and it is now growing in this era of modernization and continuing to spread in the world of vocabulary learning, especially in Arabic, with a variety of platforms and the latest technology such as applications, prototypes, and so on. Motivation and interest in Arabic vocabulary can be gained through prototyping. To cultivate motivation and a sense of interest, educators must create learning platforms that appeal to the current generation. Therefore, this study aims to analyze the need for the development of an application Arabic communication vocabulary for UiTM students. This quantitative study uses questionnaire as primary source of data. There were three phases of data collection implemented, which involved phases 1, 2, and 3. A total of 144 respondents took Arabic subject code TAC401. Data were analyzed using SPSS version 28 software to measure the level of respondents' needs. The results of the analysis show a high degree of interpretation to develop an application as support in learning Arabic vocabulary, and the implications of this study provide a contribution to learning aids as a new platform for UiTM students to learn Arabic vocabulary.

Published

2023-07-07