Bumi al-Kinanah dari Kaca Mata Ahmad Amin: Sebahagian Ciri Budaya, Perwatakan dan Kepercayaan Masyarakatnya [The Land of Al-Kinanah in The Eyes of Ahmad Amin: Several Parts of Cultural Characteristics, Personality and Beliefs of Its People]
Keywords:
budaya Arab, sosio-budaya, Mesir, Ahmad Amin. Arab culture, socio-culture, EgyptAbstract
Tamadun dan budaya memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan rupa bentuk sesuatu bangsa atau masyarakat. Setiap sesuatu masyarakat itu pula biasanya memiliki ciri-ciri kebudayaan yang unik dan tersendiri. Penulisan kertas kerja ini berhasrat memperkenal dan membincangkan serba sedikit mengenai beberapa ciri dan elemen kebudayaan, perwatakan peribadi dan kepercayaan yang dipegang serta diamalkan oleh sebahagian orang Arab Mesir sekitar era sebelum tahun 1953. Kertas kerja ini mengguna pakai kaedah kajian teks dengan menyorot sebahagian literatur mengenai budaya dan adat tradisi masyarakat Arab Mesir yang dipetik daripada karya Ahmad Amin bertajuk Qamus al-Adat wa al-Taqalid wa al-Taabeer al-Misriyyah. Sebahagian perkongsian pengalaman yang penulis ini alami dan perhatikan serta tafsiran beliau terhadapnya amat unik kerana ia secara jelas mencerminkan nilai kebudayaan dan sosio-budaya yang secara realitinya sememangnya wujud dalam kehidupan orang Arab Mesir itu sendiri.
Civilization and culture play a very important role in shaping the shape of a nation or society. Each community usually has its own unique and distinctive cultural characteristics. This paper intends to introduce and discuss a little bit about some cultural characteristics, people characteristics and beliefs held and practiced by some Egyptian Arabs around the era before 1953. This writing uses the textual study method by highlighting some texts on the culture and traditional customs of the Egyptian community taken from Ahmad Amin's work titled Qamus al-Adat wa al-Taqalid wa al-Taabeer al-Misriyyah. Some of the shared experiences that this writer experienced and observed and his interpretation of it was unique because it reflected the cultural values and socio-culture that exist in the Egyptian Arabs themselves.