Penerimaan Kandungan Dakwah di Media Sosial dalam Kalangan Generasi Z [Acceptance of Da’wah Content in the Media Social among Generation Z]

Authors

  • Husna Salehudin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rosmawati Mohamad Rasit Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zulkefli Aini Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

penerimaan kandungan dakwah, generasi Z, media sosial, TAM

Abstract

Media sosial menjadi platform dalam kalangan netizen untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan agama dan dakwah. Namun, lambakan kandungan dakwah menyebabkan generasi Z memilih untuk menerima kandungan dakwah yang tertentu sahaja dan kerap mengabaikannya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial dalam kalangan generasi Z. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik dalam talian sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 306 sampel responden telah dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Data dianalisis secara ujian deskriptif melalui analisis tahap dan analisis tabulasi silang menggunakan perisian SPSS 32.0. Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan kandungan dakwah di media sosial berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan gen Z. Analisis Tabulasi Silang menunjukkan Gen Z menjadi netizen yang paling ramai menerima kandungan dakwah di media sosial berbanding dengan generasi X dan Y. Kajian ini diharapkan menyumbang kepada peranan media sosial melalui globalisis revolusi digital bagi membina akal budi generasi muda yang madani.

Social media has become a platform among netizens to obtain various information related to religion and dakwah. However, the dumping of dakwah content caused generation Z to choose to accept only certain dakwah content and regularly ignore it. Thus, this study aims to examine the level of acceptance of dakwah content on social media among generation Z. This study uses the design of survey studies through the distribution of online questionnaires as a method of data collection. A total of 306 samples of respondents were selected using purposeful sampling. Data is analyzed by descriptive testing through level analysis and cross tabulation analysis using SPSS 32.0 software. The findings found that the acceptance of dakwah content on social media was at a high level among the generation Z. Cross Tabulation Analysis showed Gen Z to be the most receiving netizen on social media compared to generation X and Y. This study is expected to contribute to the role of social media through the globalist digital revolution to build the common sense of the younger generation of civil society.

Published

2023-07-18