Definisi Rukyah Berdasarkan Analisis Kenampakan Hilal Ramadan dan Syawal di Negara Brunei Darussalam [The Definition of Rukyah Based on Analysis Visibility of Cresent for Ramadan and Syawal in Brunei Darussalam]

Authors

  • Sharifah Shazwani Syed Mohamed Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
  • Ibnor Azli Ibrahim Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei

Keywords:

hilal, astrofiqh, MABIMS, takwim hijri, falak cresent, astrofiqh, MABIMS, hijri calendar, islamic astronomy

Abstract

Penentuan hilal merupakan asas kepada pembinaan sesebuah takwim Hijri. Bagi negara-negara MABIMS telah wujud kesepakatan dalam menetapkan kaedah penentuan hilal iaitu dengan menggunakan kaedah Imkanur rukyah. Kaedah ini merupakan gabungan kaedah rukyah dan hisab yang menggunakan kriteria tertentu dalam menentukan keboleh nampakan hilal. Walau bagaimanapun, negara Brunei Darussalam mengamalkan kaedah penentuan hilal yang agak berbeza dengan negara MABIMS lain apabila menggunakan kaedah rukyah pada tiga bulan ibadah iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijah. Oleh yang demikian, kajian ini akan menganalisis kenampakan hilal bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah untuk tempoh masa 20 tahun Hijri kebelakangan bagi mengenal pasti takrifan rukyah yang digunakan. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan data hilal di antara negara Brunei Darussalam dengan negara MABIMS yang lain iaitu Malaysia. Kaedah temu bual tidak berstruktur juga digunakan bagi mengetahui prosedur penentuan hilal di Brunei Darussalam. Kajian ini mendapati kaedah rukyah yang digunakan di Brunei Darussalam ini bukanlah rukyah secara mata kasar, sebaliknya ia adalah ru’yah hilal dengan sokongan alatan optik seperti teodolit dan teleskop. Sekiranya hilal tidak kelihatan meskipun sudah memenuhi kriteria Imkanur Rukyah MABIMS, maka hilal dianggap tidak dapat dirukyah dan bulan Syaaban digenapkan kepada 30 hari.

The determination of the new moon (crescent) is the basis in Hijri calendar. For MABIMS countries, there has established method of determining the crescent, which is by using the Imkanur rukyah criteria. This method is a combination of rukyah and hisab that use certain criteria to determine the visibility of the crescent. However, Brunei Darussalam practices a different method in  determining the crescent for Ramadan, Syawal and Zulhijjah where practicing only rukyah method instead of Imkanur rukyah criteria. Therefore, this study will analyze the visibility of the crescent for the months of Ramadan and Syawal  for the past 20 years to identify the definition of rukyah used in Brunei Darussalam. To achieve the objective, this study uses the method of comparative analysis of visibility crescent data between Brunei Darussalam and Malaysia. An unstructured interview method was also used to find out the procedure for determining the crescent in Brunei Darussalam. This study found that the rukyah method used in Brunei Darussalam is not rukyah with the naked eye, but instead it is rukyah with the support of optical aids such as theodolite and telescope. If the crescent is not visible even though it has met the criteria of Imkanur Rukyah MABIMS, the crescent is considered unable to be seen and Shaaban is completed to 30 days.

Published

2023-05-28