Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah [Validity and Reliability of Online Teaching and Learning Instruments for Elementary School Islamic Education Teachers]

Authors

  • Nor Adrina Elani Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Shahlan Surat Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kesahan dan kebolehpercayaan, instrumen, pengajaran dan pembelajaran dalam talian, indeks kesahan kandungan, pekali Alfa Cronbach. Validity and reliability, instrument, online teaching and learning, content validity index, Cronbach's Alpha coefficient.

Abstract

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah dilaksanakan secara meluas akibat daripada pandemik Covid-19. Menerusi garis panduan pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memerlukan guru-guru bersedia dan berusaha menyediakan bahan pengajaran yang bersesuai untuk diaplikasikan kepada murid secara dalam talian. Justeru itu, satu instrumen kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah dibina melalui adaptasi beberapa kajian lepas dan teori-teori. Instrumen yang diadaptasi perlu melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan untuk menilai sejauhmana kebolehgunaan instrumen tersebut pada kajian yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesesuaian item-item yang diadaptasi dalam konstruk kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.  Kesahan dan kebolehpercayaan penting dilakukan agar setiap item yang diadaptasi dapat menepati ciri-ciri instrumen yang baik dan bersesuaian dengan bidang kajian pengkaji. Kajian tinjauan awal telah dilaksanakan ke atas 41 orang guru Pendidikan Islam dari lima buah sekolah di seluruh daerah Muar. Seramai tiga orang pakar penilai telah terlibat untuk menilai kesahan kandungan kajian ini. Kaedah pengukuran kuantitatif menerusi julat indeks kesahan kandungan (Content Validity Indeks, CVI) digunakan untuk menilai tahap kesesuaian dengan persetujuan tiga pakar ke atas 29 item. Terdapat satu item terpaksa digugurkan setelah disepakati oleh ketiga-tiga pakar bahawa item tersebut tidak diperlukan dalam kajian ini. Manakala, kebolehpercayaan instrumen pula diukur melalui kaedah ketekalan dalaman menggunakan pekali Alfa Cronbach. Hasil dapatan kesahan dan kebolehpercayaan mendapati instrumen pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian menepati ciri-ciri pengukuran yang boleh dipercayai dan digunakan dalam kajian sebenar. Secara keseluruhannya, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian menyumbang kepada konstruk dan item yang dipercayai serta berkualiti. Instrumen pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian boleh digunakan sebagai rujukan kepada pengkaji akan datang untuk disesuaikan dengan bidang kajian yang ingin dikaji.

The implementation of online teaching and learning has been widely implemented as a result of the Covid-19 pandemic. Through the guidelines for teaching and learning during the pandemic issued by the Malaysian Ministry of Education, teachers are required to prepare and strive to provide appropriate teaching materials to be applied to students online. Therefore, an instrument to study the implementation of online teaching and learning has been built through the adaptation of several previous studies and theories. Adapted instruments need to go through a process of validity and reliability to assess the extent to which the instruments can be used in real studies. This study aims to identify the level of appropriateness of the items adapted in the study construct of online teaching and learning implementation. Validity and reliability are important so that each adapted item can meet the characteristics of a good instrument and be suitable for the researcher's field of study. An initial survey study was carried out on 41 Islamic Education teachers from five schools throughout the Muar district. A total of three evaluators were involved to evaluate the content validity of this study. The quantitative measurement method through the content validity index range (Content Validity Index, CVI) was used to assess the level of conformity with the agreement of three experts on 29 items. There was one item that had to be dropped after all three experts agreed that the item was not needed in this study. Meanwhile, the reliability of the instrument is measured through the internal consistency method using Cronbach's Alpha coefficient. The validity and reliability findings found that the online teaching and learning implementation instrument meets the characteristics of reliable measurement and is used in real studies. Overall, the validity and reliability of online teaching and learning implementation instruments contribute to reliable and high-quality constructs and items. Online teaching and learning implementation instruments can be used as a reference for future researchers to adapt to the field of study to be studied.

Published

2023-05-16