Konsep Tafwid Ulama Salaf dalam Berinteraksi dengan Sifat Khabariyyah Menurut Asha’irah dan Ibn Taymiyyah: Satu Perbandingan
[The Concept of Tafwid Salaf Scholars in Interaction with Sifat Khabariyyah According to Asha'irah and Ibn Taymiyyah: A Comparision]
Keywords:
Sifat Khabariyyah, Tafwid al-Ma’na, Tafwid al-Kayfiyyah, imam empat mazhab, Ahl al-Hadith mutaqaddimin. priest of four sectsAbstract
Dalam menentukan konsep tafwid yang diterima pakai oleh ulama Salaf dalam berinteraksi dengan Sifat Khabariyyah, Ibn Taymiyyah (661-728 H) telah berbeza pendapat dengan ulama Asha’irah. Para ulama Asha’irah sejak abad keempat hijrah lagi telah bersepakat mengatakan bahawa konsep tafwid yang diterima pakai oleh ulama Salaf adalah berpaksikan kepada Tafwid al-Ma’na. Manakala Ibn Taymiyyah pula menegaskan bahawa konsep tafwid ulama Salaf yang sebenar adalah bertunjangkan kepada Tafwid al-Kayfiyyah. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan antara konsep Tafwid al-Ma’na dan konsep Tafwid al-Kayfiyyah, mengenal pasti hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulama Asha’irah berbanding hujah-hujah Ibn Taymiyyah, dan menilai kekuatan hujah Ibn Taymiyyah berbanding hujah ulama Asha’irah. Penulisan artikel ini mengaplikasikan metodologi kualitatif melalui kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa dalam mengistinbatkan konsep tafwid yang berbeza, ulama Asha’irah telah mengemukakan tiga hujah manakala dan Ibn Taymiyyah pula turut mengemukakan tiga hujah lain yang bersifat kontradik. Hasil daripada perbandingan antara hujah-hujah yang tidak dapat dikompromikan itu, penyelidik menyimpulkan bahawa pendapat Asha’irah adalah sangat menepati penjelasan para imam empat mazhab dan Ahl al-Hadith mutaqaddimin manakala pendapat Ibn Taymiyyah pula bukan sahaja bercanggah dengan penjelasan para ulama Salaf pada abad kedua hijrah bahkan turut bercanggah dengan penjelasan ulama aliran ithbat yang sangat masyhur iaitu Abu Ya’la al-Hanbali (w. 458 H).
In determining the concept of tafwid adopted by the Salaf scholars in interacting with Sifat Khabariyyah, Ibn Taymiyyah (661-728 H) had a different opinion from the Asha`irah scholars. The Asha`irah scholars since the fourt century of Hijrah have agreed that the concept of tafwid adopted by Salaf scholars is centred on Tafwid al-Ma`na. In comparison, Ibn Taymiyyah asserted that the idea of the tafwid of Salaf scholars is based on Tafwid al-Kayfiyyah. The objective of this study ia to compare the concept of Tafwid al-Ma`na and the concept of Tafwid al-Kayfiyyah, identify the argument presented by Asha`irah scholars compared to the statements of Ibn Taymiyyah, and eveluate the strength of Ibn Taymiyyah’s ideas compared to the views of Asha`irah. The writing of this article applies qualitative methodology through literature review and document analysis. The study results found that in establishing different concept of tafwid, Ashai`rah scholars have put forward three arguments. At the same time, Ibn Taymiyyah has also put forward three contradictory opinions. As a result of the comparision between the irreconcilable arguments, the researcher concluded that Asha`irah’s opinion is very much in line with the explanation of the imams of four sects and Ahl al-Hadith mutaqaddimin while Ibn Taymiyyah’s opinion is not only contradictory to the explanation of the Salaf mutaqaddimin scholars in the century both migrations even contradicted the explanation of the Hanabilah’s scholars before Ibn Taymiyyah.