Wali Allah dan Cinta kepada Tuhan dalam Kisah Laila Majnun Versi Jalaluddin al-Rumi (1207-1273M) dalam Mathnawi [Wali Allah and Love for God in the Story of Laila Majnun Version of Jalaluddin al-Rumi (1207-1273AD) in Mathnawi]

Authors

  • Manar Muhammad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Indriaty Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Faudzinaim Badaruddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zaki Sapuan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Jalaluddin al-Rumi, Mathnawi, Laila Majnun, Wali Allah, Tauhid

Abstract

Laila Majnun merupakan sebuah legenda cinta yang masyhur di kalangan bangsa Arab. Cerita yang diwarisi secara oral ini dihimpunkan dalam syair oleh Nizami Ganjavi (1141–1209 M). Selain daripada versi tulisan Nizami Ganjavi yang memfokuskan tragis percintaan Qais dan Laila, pengkaji mendapati terdapat versi tulisan Jalaluddin al-Rumi dalam Mathnawi yang menumpukan pengajaran ketuhanan dan keagamaan. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menerokai perspektif Jalaluddin al-Rumi secara lebih mendalam. Penulisan ini menggunakan metodologi kajian secara kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Hasil kajian membuktikan bahawa konsep Tazkiyah al-Nafs iaitu ‘penyucian jiwa’ melalui seni penceritaan tergambar dalam gaya Jalaluddin al-Rumi. Kajian mendapati kisah Laila Majnun versi Jalaluddin al-Rumi merupakan sebuah alegori bagi perjalanan suluk murid sufi dalam mengenal Allah SWT. Dalam masa yang sama, Jalaluddin al-Rumi menekankan kepentingan guru mursyid dari kalangan wali Allah sebagai wasilah kepada murid untuk mengalami muraqabah, musyahadah, ma’rifah dan mahabbah dengan Allah SWT. Secara ringkas, Laila Majnun versi Jalaluddin al-Rumi ini mengangkat kepentingan bersama dengan Wali Allah agar dapat meraih cinta Allah SWT.

Laila Majnun is a famous love legend among Arabs. These orally inherited stories were compiled into poetry by Nizami Ganjavi (1141–1209 M). Apart from the version written by Nizami Ganjavi which focuses on the tragic romance of Qais and Laila, the researcher found that there is a version written by Jalaluddin al-Rumi in Mathnawi which focuses on divine and religious teachings. Accordingly, this article aims to explore Jalaluddin al-Rumi's perspective in more depth. This writing uses a qualitative research methodology through the method of content analysis. The results of the study prove that the concept of Tazkiyah al-Nafs, which is 'purification of the soul' through the art of storytelling, is depicted in the style of Jalaluddin al-Rumi. The study found that Jalaluddin al-Rumi's version of Laila Majnun's story is an allegory for the journey of a Sufi student in getting to know Allah SWT. At the same time, Jalaluddin al-Rumi emphasized the importance of mursyid teachers from among the guardians of God as wasilah for students to experience muraqabah, musyahadah, ma'rifah and mahabbah with Allah SWT. In short, this version of Jalaluddin al-Rumi's Laila Majnun raises the common interest with the Guardian of God in order to gain the love of God SWT.

Published

2023-05-01